Wednesday, January 2, 2013

Hati Terbuka

Tengah hari tadi semasa sesi bersalaman dengan mak nak pulang ke kolumpo, mak aku ada bagi aku Shieldtox. Aku terima dengan hati terbuka.

Masa sesi melambai dengan mak. Dari dalam kereta aku perlahan-lahan turunkan tingkap kereta sambil aku keluarkan tangan kanan tunjuk tanda bagus. Terus aku jerit separa kuat.

"Shieldtox Power!!!"

Mak aku gelak.

Saturday, December 29, 2012

Biasa-biasa

Di bawah rumah sewa aku ni ada satu kedai mapley yang biasa-biasa punya jenis mapley. Nama komersial dia takde. Skrin besar takde. Bilik air takde. Unifom seragam pekerja takde. Masing-masing baju sendiri-sendiri. Ayam tandoori takde. Variety masakan thai pun takde. Makanan yang paling spesel dia boleh buat cuma Nasi Goreng Spesel. Itu pun tak spesel mana, engko cuma buat satu nasi goreng biasa lepas tu ayam goreng potong potong taruk belah atas nasi goreng. Maka jadilah Nasi Goreng Spesel.

Tempat tebar roti canai dia ada dua biji batu bata sendal bahagian bawah buat balancing sebab roda dia dah tertanggal. Pendek kata semua memang biasa-biasa. Akan tetapi hal yang buat aku sayang mapley ni, kalau dia bikin roti tampal untuk aku, kuning telur dia bergoyang tenang dan tak bocor mengalir keluar. Engko paham?

 Oleh yang demikian kalau aku malas pergi mapley Siti Zubaidah maka di sini lah tempat aku melempias hajat untuk mengeteh dan berborak hal dunia bersama kawan-kawan. Begitulah cerita dia.


"Aney roti tampal satu..!"

Saturday, October 13, 2012

Nak Buat Macam Mana




"Sabor beb..dah jom, farhan..kita pergi carik tayor baru.."

Thursday, October 11, 2012

Malam Jumaat

Lepas maghrib tadi aku ngam-ngam je sampai rumah dari ofis telefon aku berdering. Mak aku telefon dari kampung. Aku dengar suara dia tak berapa nak okey. Suara dia ada bunyi sengau. Selsema ni aku ingat.

"Ye mak ada apa?"

"Ko okey ke semalam, epi?"

"Epi okey je mak, kenapa?"

"Jangan tipu mak, ko tak sihat ke semalam?"

Dup dap dup dap jantung aku. Aku jadi pelik benda teka tepat ni buat aku jadi kagum dengan mak aku. Bukan sekali dua dia buat macam ni. Daripada zaman aku duduk asrama lagi dia boleh teka kalau aku sakit. Ya semalam aku kena gastrik pertama kali dalam seumur hidup aku. Power jugak la sakit dia. Keh keh keh. Aku terus tak boleh buat apa-apa hari semalam. Masuk ofis pukul 8.30. Pukul 9.30 aku dah start moto cabut pergi klinik. Lepas tu terus cabut balik rumah. Biasa atas moto aku bantai nyanyi kuat-kuat tapi hari tu aku diam seribu bahasa. Tengok makwe kiri kanan pun tak selera dah.

Sedang aku berborak dengan mak aku dalam telefon, mak aku mengadu adik aku yang bongsu macam dah takde semangat nak belajar.Kejap-kejap main bola. Kejap main takraw. Kejap-kejap hilang pergi mancing. Kejap-kejap hilang berkubang kat sungai. Kejap-kejap hilang pergi pomen moto. Kejap-kejap hiking masuk hutan. Padehal baru tingkatan dua tu. Aku sarankan mak aku hujung tahun ni masukkan dia sekolah pondok. Mak aku gelak-gelak kecil.

"Ish, dia kecik lagi laa. Biar la dia tak pandai sekolah pun janji sentiasa ada depan mata mak."

Aku gelak-gelak kecil.

Dalam hujung-hujung perbualan, mak aku ada suruh aku amal baca "Yassin 7 Mubin" tiap-tiap malam Jumaat dan kalau ada kelapangan masa. Mintak dengan tuhan lapangkan dada. Tenangkan hati. Murahkan rezeki. Dipermudah segala urusan. Dipelihara fitnah. Digolongkan dalam golongan orang yang beriman.

Okey aku nak pergi mandi dulu apa-apahal. Eh pekena lagu Envy sebarang dua dulu la. Hehehe

Thursday, September 20, 2012

Sepetang Dirumah Anak Yatim

Malam tu lepas maghrib jemaah beramai-ramai aku jadi buntu. Dilema. Sebak pun ada. Salah seorang dalam ramai-ramai tu ada sorang anak yatim darjah 2. Shafiq nama dia. Beria-ia datang dekat aku merengek-rengek mintak aku keluarkan henfon dari dalam poket. Aku tanya "kenapa". Dia diam. Selang beberapa minit dia mintak lagi. Bunyi merengek makin mengada-ngada. Aku mengalah lantas aku keluarkan dan hulur kepada dia. Usai dia membelek-belek henfon aku, ada satu potong ayat terkeluar tiba-tiba dari mulut dia.

 "Bang nak tengok gambar mak ayah abang.."

Aku cepat-cepat kalis perbualan dengan buat-buat bukak cerita melayu dongeng dengan dia. Aku bukak cerita bertajuk "Pak Mamat Dikencing Lembunya Sendiri"

Shafiq leka mendengar cerita aku. Huh legaaaaaa.