Friday, July 3, 2009

Catetan Hina (10)

ASAL USUL SEGAR AMAT....

Anak Segamat yang jati terdiri dari mereka yang tinggal di persekitaran 15km dari bandar pusat Segamat. Kalau di kira dari bandar Segamat termasuk Batu 6 di utara, Labis dan Jementah. Orang Melayu asal Segamat adalah orang Melayu yang ada pertalian dengan orang Melayu Melaka dari dulu lagi. Orang Melaka yang hendak ke Pahang mesti singgah di Segamat sebelum mudik kehulu sungai Muar hingga ke Serting. Di situ mereka akan bertemu dengan hulu sungai Pahang untuk ke Pekan...
Jadi tidak hairan kalau daerah Segamat dan Jementah adalah dibawah naungan Melaka.
Segamat amat kaya dengan hasil hutan seperti damar dan rotan.
Ada juga kelompok orang Jawa disana. Mereka dibawa oleh British khusus untuk membuka hutan untuk ladang getah.Kebanyakannya Jawa Dponorogoh. Kelompok Minangkabau juga berhijrah di kawasan terutama di Gemas dan banjaran Tenang.
Hari ni ramai orang luar berhijrah ke Segamat ditahun 60han sebagai peneroka Felda.

Dalam undang-undang tubuh negeri Johor terdapat pre-amble " Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim dan Jajahan-jajahannya". Di sini perlu dikaji apakah maksud jajahan-jajahan. Pengertian yang jelas ialah, ada daerah-daerah dalam negeri Johor hari ini tidak termasuk dalam negeri Johor yang asal. Daerah Segamat, Jementah, Muar dan Kesang adalah kawasan yang merdeka dan di tadbir oleh pembesar tempatan. Hegemony Maharaja Abu Bakar telah menakluk daerah-daerah tersebut dan dimasuk dalam pemerintahan Johor. Jadi hingga hari ini, dalam kontek takrif perlembagaan Johor Segamat adalah jajahan Johor.

kadang-kadang sejarah boleh mngajar kita tentng erti harga diri,walau tidak kira dimana kita berada luhurnya budi itu brgntung dgn pnghayatan seseorng.penghayatan yg mmberi makna harga diri dan maruah jgn digadai..dgn hnya sedikit kesilapan legasi keturunan akan tercemar,jadi peliharalah harga diri..




Segamat 'dicuci'
Jambatan ke 2
peta daerah Segamat

No comments:

Post a Comment