Monday, August 17, 2009

Catetan Hina (21)

aku masih belum lupa...

ya aku masih belum lupa,
saat lumpur melekat di muka
saat semut merah beribu hinggap di kepala
pabila bonda menitiskan air mata
pabila bapak menabur belerang di telinga.

siapa kata aku lupa...
abngku lemas di sungai sana
terkapai kapai mencari udara
nasib ada orng dewasa
dihulur tngan terlepas pula
syukur tuhan masih memberi nyawa

aku masih ingat..
ponteng sekolah agama
beli choki2 sepuluh sen boleh dapat tiga
tajur ikan haruan berumpankan telur kerengga
huh baunya tidak terkata
dihambat bapak barulah terpinga-pinga

aku tidak lupa!sumpah!
aku ponteng puasa
jiran aku ingin menduga
diberinya nasi bersama pisang sira
habis licin aku makan semua
diberinya lagi isi buah kelapa
makan tanpa memikirkan apa2
nafsu bagaikan orang tiada agama

ini pun aku ingat
teragak nak makan jambu muda
dijoloknya pohon jahat rasanya
malang x berbau terjolok pula sarang kerengga
tepat2 jatuh atas kepala
aku menggelupur macam orang gila
nasib baiklah ada bapak aku steady dan bergaya
disimbahnya aku minyak tanah pula
katanya bagi hilang bisa.
nauzubillah pedih x terhingga
abang aku gelak2 sahaja

masih aku ingat
aku masih lagi tadika
gaya dah macam orang besar
hutan belakang rumah aku teroka
bersama2 sahabat tercinta
jumpa parit tidak lah sebesar mana
kami berkubang berbogel bersama
belum satu jam merasa nikmatnya
bapak aku dgan c70nya menunggang sambil mmbuat muka singa
aku sampaikan tidak boleh berkata2
"kau tahu x kat sini bahaya??"
"kena sondol dgan babi x ke naya???"
sahabat tercinta??hnya mampu buat muka opera cina

banyak lagi yg boleh dikongsi bersama
kalau nak dicerita beri aku 2 purnama
aku bongkar semua

-BowThug-
4:07 am
Bandar Baru Sentul

No comments:

Post a Comment