Friday, September 11, 2009

Catetan Hina (27)

aku masih lagi berinteraksi dengan dunia serba khayalan...

aku bukan berkhayal kosong,
aku berkhayal dengan pemikiran yang relevan,
khayal aku khayal emosi,
ya khayal boleh bawa padah,
tapi aku belum pasti apakah khayalan aku ini membawa kecelakaan,
apakah benar??ia sememangnya pasti??atau hanya menyinggah di luar mimpi??
bukan mahu berkahwin dengan puteri gunung ledang,
yang menginginkan Melaka ke Kesang,
yang mahu darah merah segar bugar,
aku masih berkhayal masih terawang-awangan
aku mahu jambatan tetapi bukan jambatan emas perak,
jambatan yang boleh aku menyinggah daripada terpesong jauh,
jambatan yang boleh melihat semua manusia dihadapan,
khayalan??memang ia khayalan tetapi cukup memberi aku gambaran..

-BowThug-
11:34 pm
lidah aku berat untuk membisik,

No comments:

Post a Comment