Saturday, September 12, 2009

Catetan Hina (28)

maafkan aku wahai pemuja murni,
kau bukan lagi seperti dahulu menanti lagu dalam irama,
kau masih mencari di mana rentak melodi,
kau masih bersengketa mengenai tari tempo dahulu kala,
aku bukan pemujimu dan aku juga bukan pemuja,
aku tertarik dengan langsungan jiwa yang kau bawa,
kau merintih senyum dan menangis,
aku genggam amanatmu itu hingga keluar tulang temulang ku,
maaf seribu maaf aku pohonkan,
aku tidak sesempurna itu aku tidak boleh melunaskannya,
aku lembik,lemah macam manusia tidak bertulang,
aku tidak boleh jadi sepertimu yang kuat menadah tangan kepadaNya
kau kuat berhubung denganNya memang kau cukup kuat,
hingga kau berjaya titiskan air mata keramat,
kerana apa??kerana kau benar-benar menghayati isi hati,
isi hati kau perlukan dan jika kau x mampu lunaskannya kau akan menangis,
cukup tragis dan ngeri bila didengar,
tapi itulah kebenaran yang kau buktikan,
kau kental......

-BowThug-
6:22 pm

No comments:

Post a Comment