Thursday, October 22, 2009

Catetan Hina (32)


Beretika,Bernafsu,

yang menjadi kalut yang tidak boleh ditahan itu bernafsu,
yang masih lagi berdiri tegak,langut terus pandang kehadapan itu beretika,
makin dihalang makin dibuat itu bernafsu,
makin dihalang makin menunduk dan memperbetul itu beretika,
lantak orang hendak kata apa itu bernafsu,
biar orang maki biar orang caci biar merasa diri masih lagi memperbaiki itu beretika,

maaf ya para sahabt bloggers,
aku berdiam diri bukan bermaksud aku sudah kalah dengan kehidupan tetapi aku beretika mencari hasil dan nurkilan yang benar-benar itu betul.ya aku bernafsu,bernafsu buas dengan kepuasan dah kejahilan.aku mintak diri dipimpin kerana aku bukan terpimpin.mungkin aku berbahasa kekampungan kerana aku tidak boleh berpaling dengan kenyataan.barangkali aku takut mak dan ayah malu untuk senyum bangga dengan aku.mereka pasti bukan itu caranya untuk mereka berbangga.

kau letakla aku dimana sahaja.nescaya dengan izinNya aku boleh hidup selagi nafas dan otakku berfungsi dengan tepat selagi jantungku berdegup mengepam darah kesumat.mungkin jika aku di hutan aku masih lagi dapat menikmati suasana hijau meriam alam.selagi matahari benarkan aku menggunakan cahayanya.aku masih lagi boleh menutup kemaluan aku sekiranya aku disuruh bertelanjang.kerana bagi aku manusia yang benar-benar hebat ia tidak akan menunjukkan seratus peratus kehebatannya bahkan hanya sekelumit saja dipertaruhkan.itu yang menyebabkan aku kuat berdiri terus mendongak ke langit.berila aku kerja apa sahaja insyaAllah aku laksanakannya.asalkan jiwa dan diri aku tidak berlari laju beredar ketempat lain seterusnya niat dan perbuatan aku turut sama terkorban..

aku pasti dengan izinNya,,,,,

-BowThug-
11:44 am
dihadapan monitor Acer AL1716W berukuran 17 inci
segera mahu ke jamban..

No comments:

Post a Comment