Friday, January 29, 2010

Catetan Hina (41)

ipoh mali..

selesai sahaja gua habis sembahyang jumaat gua terus cabut balik rumah.. tidak seperti sebelum2 ini mesti cari nasi dahulu buat bekalan tengah hari.. gua pergi berdua sahaja ke masjid. gua dan dinkiller.. yang lain?terbongkang kat rumah dah macam ikan keli dah gua tengok masing2. sekejap herot sana sekejap herot sini.. kalau gua kejut pun tarak guna jugak,hati makin panas adalah..

sampai sahaja gua di rumah telefon gua bagi alert message konon nak kasitau gua ada message masuk.. dari zakwan rupanya(budak muar yang jiwa extreme tapi awek bersepah..pui!)

"tak,ben tanye ko nak follow pergi ipoh x? boleh lepak lokin, cuci mata".tanya zakwan dekat gua.

"ipoh?pergh malas dok aku..ko cakap kt ben sorry aku xdapat follow".jawab gua.


lepas itu gua tunggu juga apahal x reply2 lagi message yang gua reply..sah mamat ni dah jumpa korum lain sebagai pengganti gua.. mungkin lain kali gua pergi ok.



lu kurus sekarang zakwan,
apa tidaknya 3 bulan tak sentuh nasi..
gua sehari pun xboleh kalau x makan nasi..
boleh jadi sawan hulk hogan rasanya kalau sehari x jumpa nasi.

faktor2 gua x boleh follow zakwan turun ipoh.
  • sumpah sen gua kering habis. asap rokok kalau boleh gua xmau keluarkan dari paru2 gua.
  • gua nak tontong minyak dengan lu pakai apa?daun rambutan kering?
  • gua tahu subjek utama lu pergi sana adalah wanita bukan?gua jadi mati kutu kalau lu dah berkepit sama awek lu..gua nak buat apa?pimpinkan tangan awek lu?atau nyanyikan lagu kru sambil menyengeh depan awek lu?
  • habis kalau lu bawak pergi makan tempat yang boleh tahan harganya, xkan gua nak order air kosong sahaja. kurang2 bandung sama mee kari..
  • duit tol lagi..

3 comments:

  1. "sumpah sen gua kering habis. asap rokok kalau boleh gua xmau keluarkan dari paru2 gua."

    hahahaha.. bguih2... stop smoking la!!!

    ReplyDelete
  2. xpayah sayang asap... bek ko syg kat diri ko tu... paru2 ko.. otak ko.. adehhhh

    ReplyDelete