Thursday, February 4, 2010

Catetan Hina (46)

nostalgia bersama big boss part 3.


Ceritanya Sang Rambo Sylvester Steleng..

hari ini entah apa yang tidak kena terhadap Sang Rambo sukar hendak digambarkan. hidupnya bagaikan tidak sempurna. kerja yang dibuat semuanya tidak menjadi, macam kena sumpah gamaknya.

bonda Sang Rambo yakni Mak Siti Jemilah pun berasa pelik dengan tingkah laku anaknya pada hari ini. Kebiasaannya Mak Siti Jemilah tiap2 pagi akan membuat 40 keping lempeng beserta inti kelapa untuk hidangan pagi Sang Rambo. memang itulah makanan kegemaran Sang Rambo daripada kecil. Tapi pagi ini Sang Rambo langsung tidak menjamah lempeng yang dibuat Mak Siti Jemilah.

"Rambo, mak dah siapkan 40 keping lempeng tu. makanlah sikit nanti macam mane nak angkat beratus2 balak di hutan nanti?". pujuk Mak Siti Jemilah kepada anak kesayangannya itu.

"tak ape la mak, rambo tak ade selera. arinie Rambo nak duduk rumah saje, malas nak ke hutan". balas Sang Rambo kepada Mak Siti Jemilah.

Sang Rambo semakin menjadi2 perangainya hari ini, bagaikan kena sihir gamaknya. Kesemuanya senjata2 perangnya dibalut dengan kain batik Mak Siti Jemilah. tindakan Sang Rambo kali ini benar2 pelik dan seolah2 dia mahu bersara dari arena peperangan secara solo. Supucuk Rifle M-16 dijadikan penggembur tanah untuk kemudahan Mak Siti Jemilah bercucuk tanam. C4 dijadikan sebagai penghalau babi pada waktu malam. Peluru2 Machine Gun ditanam secara pacak2 dihalaman rumah, senang untuk Mak Siti Jemilah melakukan terapi refleksologi pada tiap2 petang.

peta2 hutan belantara habis semua diracik halus2 oleh Sang Rambo. Cuma peta laluan hutan Vietnam sahaja tidak diracik oleh Sang Rambo. hendak dibuat pembalut tembakau katanya. Pisau legendnya diberi kepada Mak Siti Jemilah untuk dijadikan alternatif yang lain sebagai pemotong bawang mahupun sengkuang.

sepatutnya tiap2 tengah hari Sang Rambo akan melakukan rutin hariannya bagi memantapkan lagi bentuk tubuh badan malah stamina. teknik2 seperti sit up, pumping, star jump, monkey bar, jalan itik adalah menjadi kewajipan Sang Rambo tiap2 hari. tetapi hari ini tidak pula dilakukannya. Sang Rambo hanya duduk bersila di rumah sambil menghisap tembakau kuda. lilitan kain dikepala Sang Rambo dijadikan sebagai umpan api bakar sampah. semakin pelik keadaan Sang Rambo bagaikan orang tiada arah.

kira2 pada pukul 1:30 petang, Mak Siti Jemilah menyiapkan hidangan makan tengah hari untuk Sang Rambo dan juga beliau sendiri.

"Rambo, mari makan. arini mak ade masakkan untuk rambo nasi putih 5 pot, ayam belanda goreng 5 ekor, sambal petai 5 papan, kicap jalen 2 botol". terang Mak Siti Jemilah kepada Sang Rambo.

"xpela..mak makanla dulu..selera Rambo belom datang". jawab Sang Rambo.

Mak Siti Jemilah makan secara solo dan bosan kerana tiada peneman. perasaan pelik masih lagi bermain difikiran Mak Siti Jemilah terhadap anaknya Sang Rambo. selera Mak Siti Jemilah boleh tahan rakusnya. 2 ekor ayam belanda habis disentalnya. Mak Siti Jemilah lupakan sementara tentang anaknya.


tiba-tiba...!



"arggghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!". Sang Rambo menjerit bunyi garau tak ingat.

Mak Siti Jemilah terkejut sambil tersedak. nasib baik tak tercekik tulang peha ayam belanda. Mak Siti Jemilah bingkas bangun dari kerusi makan terus melulu ke arah Sang Rambo.

"hai Rambo kenape dengan ko ni nak?tadi macam orang mati bini dah, kali ni pulak dah macam tarzan mak tengok. terjerit2. cuba cerita dekat mak ape masalah ko nie sebenonye". tegas Mak Siti Jemilah kepada anaknya.

"ok Rambo ceritakan, pagi tadi lepas subuh posmen antar surat. dalam sampul surat tu ade gambo". cerita Sang Rambo kepada Mak Siti Jemilah.

belum sempat Mak Siti Jemilah bertanya dengan lebih lanjut Sang Rambo pengsan tidak sedarkan diri.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sang Rambo sudah ada pencabar rupanya..
hik hik hik..


dengar kata Sang Rambo sedang ligat mencari peluang2 kerja. kalau boleh dia mahu berkhidmat dalam kerajaan. nak jadi true goverment. escort perdana menteri ok jugak. dapat jadi pengawal istana pun jadilah katanya. dia pun sudah tukar nama sekarang. Abdul Halim tak silap. hik hik hik.

No comments:

Post a Comment