Sunday, February 7, 2010

Catetan Hina (47)


jenis-jenis manusia boleh dibezakan dengan duit. ini adalah pemerhatian gua dari kaca mata sendiri. pemerhatian dan penyelidikan gua. nasib baik kerajaan tak luluskan permohonan gua kasi buka satu pusat penyelidikan tepi SK Kampung Jawa.


jenis keluar duit kat atm kira dulu cukup ke tidak atm bagi.
  • jenis macam ini adalah manusia yang betul2 'alert'. tidak mudah tertipu. kalau jalan2 di sogo ataupun pabilion mesti tengok harga dulu samaada sales atau tidak. kalau beli ikan jaket dekat pasar kena pastikan betul2 kilonya. lebih tak apa, kalau kurang awas!
jenis kira duit depan2 peniaga setelah selesai urusan jual beli.
  • manusia seperti ini jenis sukar hendak memberi kepercayaan kepada orang lain. jenis dia rasa dia yang betul. jikalau disebabkan duit memang budi bahasa tidak akan dipergunakan lagi. kadar suara dinaikkan dan awas!, perkataan2 buruk juga senang untuk diluahkan. sifat hormat terhadap orang lain amatlah rendah bagi golongan2 seperti ini.
jenis simpan duit dalam poket depan.
  • golongan2 seperti ini senang nak dibawa berbincang masalah. manusia yang sempoi dan jujur. dan kalau hari baik senang nak hulur duit dekat orang lain. jikalau golongan2 ini berjalan di shopping2 komplek, paling kurang sehelai baju akan dibelinya. duit pun senang nak dicapai. golongan2 ini bukan seperti golongan manusia lain yang sibuk membelek duit 'berwalletkan' gucci pasar malam. tuih!
jenis syiling tak berkira sangat.
  • golongan2 ini jenis yang pemurah dan tak kisah. kalau berjalan di jejambat puduraya ringan sahaja tangan menghulur not warna biru kepada golongan kurang upaya yang masing2 terketar memegang cawan pasar malam. kadang2 not hijau juga boleh jadi. awas! golongan2 seperti ini jenis mudah kena 'pijak kepala' dek kawan2 yang tak true dan sial. kawan2 yang suka mengambil kesempatan terhadap kesenangan orang lain.
jenis lipat wang sebelum masuk dalam wallet.
  • golongan seperti ini mementingkan kekemasan dan kesempurnaan. berkunjung ke pasar malam perfume pasti wajib disembur. jikalau perempuan bedak boleh tutup jerawat dan juga kawah2 bulan. golongan2 seperti ini biasanya cerewet dan 'mentel'. sebelum masuk ke pejabat2 kerajaan wajib tengok cermin dahulu. selipar jepun layak digunakan di jamban sahaja bagi golongan2 seperti ini.
jenis yang kira duit dalam wallet sebelum tidur.
  • golongan ini jenis yang fikir masa hadapan dan manusia2 seperti ini cukup berwaspada. sekiranya mereka dapati duit2 ini berkurangan setelah mereka celik mata walaupun seringgit, gua rasa dunia bakal bergegar. jangan cuba cari pasal dengan orang seperti ini. dinasihatkan agar jangan bawa golongan2 ini pergi camping atau berkelah tepi pantai. takut dibawa bersama walletnya pergi mandi.
jenis mengeluh kalau dapat duit buruk daripada peniaga
  • golongan2 ini pun kadang2 mentel juga. jenis fikir duit boleh bawa ke alam kubur. golongan2 ini majoriti mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang sekeliling. pesanan untuk peniaga2 agar waspada dengan orang2 seperti ini. kalau boleh muka agong nampak jelas dia punya misai. jikalau kabur, warnakan balik guna colour pensil.

ini hasil pemerhatian gua dengan masyarakat2 kolompo. gua dapat buat satu kesimpulan daripada pemerhatian gua. dah macam2 gua jumpa jenis manusia di kolompo dan ini adalah kategori terbesar gua boleh hurai. ini baru gua kaitkan dengan duit. nanti gua masukkan lagi kategori2 yang lain. tunggu makmal gua siap. kih kih kih.

lu orang rasa manipulasi gua salah lu orang kasi tahu. sila kemukakan hamburan. bagi pendapat lu orang pulak. kita kasi kongsi sama2. jangan cakap belakang2. sebab gua akan cop lu bacul. haha

lu orang rasa gua yang mana?


*mentel=ngade-ngade

No comments:

Post a Comment