Tuesday, February 9, 2010

Catetan Hina (48)

gua admire ini punya line up. kalau band2 ini turun kampung gua, gua orang pertama jadi ahli jawatankuasa kasi promote satu kampung. mula2 gua ajak sedara mara gua manalah tau kalau2 diorang 'in' dengan muzik2 seperti ini. gua rasa flow muzik post-rock tidak terlalu keras dan sesuai didengar oleh berbagai lapisan umur.

yang mana hendak menyawit tiap2 pagi ha eloklah dengar muzik2 sebegini. silap2 boleh bertambah tenaganya semasa mengecop pelepah kelapa sawit. ular pun takut nak patuk gua rasa semasa di ladang. silap2 buah kelapa pun boleh jatuh sendiri tanpa menggunakan sebarang daya tenaga.

bagi kaum2 ibu, gua jamin berat badan pun boleh susut jika mendengar genre muzik sebegini. asam pedas pun boleh jadi makin sedap dek penangan post-rock. awas! jangan salahkan post-rock jika nasi yang ditanak kaum2 ibu boleh berbau tengik.

jangan terkejut jika lagu2 post-rock berkumandang di rumah2 orang kahwin atas desakan pengunjung2 dan tuan rumah sendiri. gua tak boleh bayangkan macam mana tiba2 deejay mainkan lagu Explosion In The Sky semasa pengantin sedang bersanding. heh heh heh
habisla Jeffrey Din.

antara tempat2 yang gua mahu tampal poster Yndi Halda dan Saxon Shore.
  • balai raya kampung jawa
  • kolam memancing abd rashid
  • warung pisang goreng comel
  • warung soto kemat
  • kedai runcit keteng
  • kedai cekik darah seng thye
  • rumah pro pembangkang cikgu zul
  • taman jenalim 1&2
  • bilik guru besar Sk Kampung Jawa
  • kedai basuh kereta kadani
  • masjid jamek Kampung Jawa? takut gua kena buang daerah..






P/S:terima kasih gua ucap kepada dinkiller atas pengaruh yang diberikan.

*tengik=sekutu bau-bauan

2 comments:

  1. Wow. A post-rocker. Jangan lupa dengar Godspeed You Black Emperor dan Mono. Not to forget Malaysia very own post-rock outfit, Deepset and Akta Angkasa. Good stuffs !

    ReplyDelete
  2. owh lagu tu dah dengar bro..mono mmg terbaik!

    akta angkasa?celaka die main effect terbaik!

    ReplyDelete