Thursday, February 11, 2010

Catetan Hina (49)

hari ini gua secara rasminya pulang ke kampung. memang tak ada function duduk melangut di kolompo cuti2 umum sebegini. budak2 rumah gua ada yang dah cabut awal pulang ke kampung halaman masing2. gua dah lama tak pekena lontong, ubi getok, asam pedas ikan mayong, sambal jawa, ayam masak semur dan bersepah lagi makanan yang perlu gua makan sampai sahaja gua kat kampung nanti.

gua pernah cari lontong kat kolompo dan gua jumpa. damn! kuah lontong sebijik macam kuah kari mee maggi. apa gila? nak berniaga gunakanla prinsip kualiti makanan. tak sia2 gua belajar hospitality industry. keh keh keh. itu baru gua cerita kuah belum lagi dia punya rencah. ada lontong dia pergi buboh fishcake. gua sebagai penghirup tegar lontong tak pernah2 jumpa lontong buboh fishcake. tak true langsung. gua sedar orang kolompo kreatifnya lain macam sikit.

gua beransur dulu, setengah jam dari sekarang gua keluar rumah. gua belum susun lagi lagu2 yang nak gua layan dalam bas nanti. dengar lagu jela yang boleh gua buat dalam bas. nak hisap rokok takut gua kena penerajang dengan penumpang2 bas lain. ntah ada ke tidak tiket ni. orang cina kalau balik ke kampung memang diorang bawa satu batalion. raya sakan gamaknya.

selamat menyambut perayaan tahun baru cina gua ucap pada semua. sambut buat cara sambut jangan sampai pergi gosok pula perut buncit 'si botak' tu nanti.

ah tak ada tiket ekspress, gua naik bas runcit2. apa ada hal.

No comments:

Post a Comment