Tuesday, February 16, 2010

Catetan Hina (51)

Ebit G Ade..

kadang2 beku juga telinga layan lagu2 bahasa omputeh. yang bahasa omputehnya bunyi united kingdom gua dah boleh agak. sesekali mahu juga layan lagu bahasa nusantara.

m.nasir? gua dah dengar habis lagu dia. memang sifu dia tu.

ramli sarip? dia punya soul kalau bawa lagu boleh buat gua peluk tv. rock timur!

kopratasa? cukup hebat lagu2 puisi yang dibawa. lu orang dengar lagu kopratasa bertajuk 'aku bukan musuh harta'.

rahim maarof? gua tabik dia punya suara. kadang2 kalau gua tengok dia perform memang macam masuk air sikit rahim maarof ni. gaya stoned pun ada juga gua tengok. sekali kalau dia dah tarikkk! huh gua malas nak cakap.

jadi hari ini gua putus untuk melayan lagu2 seorang penyanyi ni dari seberang laut. gua rasa popularitinya cukup hebat suatu masa dahulu. dia punya penulisan lirik cukup puitis dan 'tangkap sayu'. jikalau sedang memandu dinasihati jangan mendengar lagu penyanyi ini dengan khusyuk sebaliknya dengar secara alakadar sahaja. bukan apa gua takut wrong way nanti akibat penangan lagu penyanyi ini.






celaka! mati2 gua ingat Sweet Charity punya lagu.




hai ini yang gua rasa nak baca puisi sambil main gitar ni. dapat baca 5 rukun negara sambil pejam mata pun dah cukup cantik dah ni. chord gua main 3 jenis sahaja.

No comments:

Post a Comment