Thursday, February 18, 2010

Catetan Hina (52)

KESEL..

semasa gua dalam kelas siang tadi...

"tak, nak main futsal tak malam ni?". tanya zakwan dekat gua.

"gua on je, malam ni lu kutip gua ok?". gua balas.

"cantekk! malam ni botak follow". sampuk haziq.

gua memang dah lama tak berfutsal futsil. gelanggang futsal jauh dengan tempat gua di kolompo ni. jadi memang gua harapkan sahabat2 la untuk mengutip gua. dah macam asler gua rasa, pergi balik ada orang jaga. kih kih kih.

kalau dekat kampung gua naik moto saja, itupun rokok tak habis kalau cucuh sebelum naik. dekat saja. padangnya pula dah macam kawasan lembu2 matador. kalau panas berdebu, kalau hujan berlumpur. yang mana bahagian tepinya banyakla pokok semalu tumbuh subur meliar. kadang2 kalau ada luck tahi2 anjing sesat pun banyak bertepek2 di tepi padang, hangat lagi. memang kalau sahabat2 gua terserempak anjing ni sedang memerut di padang, alamatnya anjing itu cari kesusahan untuk seumur hidup. memang rezeki la kat anjing itu kalau sahabat2 gua tengok diorang buat bodo saja. *pertama kali gua tengok depan mata anjing dikeroyok oleh manusia*. gua tak join, gua tengok saja dari tepi. cukup sadis.

bukan apa, cuba lu orang bayangkan tengah sedap bawa bola ni, larian pun dah cukup kencang, bila time hendak sepak saja, tersepak sekali tahi anjing. bola dan tahi sama2 pergi melambung ke udara. lepas tu ada la player2 yang bernasib 'baik' tahi jatuh setepek atas kepala. kalau jenis kepala botak tak apa, tahi senang jatuh atas tanah balik nak samak pun tak payah no. kalau yang jenis rambut ketak2 macam mana? tak naya namanya tu.

kali ini gua main bola atas simen, kaler simen pun sedap mata memandang. masa main pula waktu malam, bola pun original. penampilan? tak perlu tanya la, atas bawah memang cukup memuaskan hati si pemakai. keh keh keh. kalau di kampung main atas tanah, masa main waktu siang, apa gila? main malam nak tengok bola macam mana? bukan old trafford. bola selagi ia berbentuk bulat selagi itula ia digunakan. penampilan? cukuplah sekadar berlengging, berseluar katok, dan berkaki ayam. bila waktu malam, selepas saja mandi barulah sibuk menyungkil duri2 semalu yang terbenam di tapak kaki.

tadi rasa gembira juga di hati gua, para sahabat dapat kumpul ramai2, main futsal sama2, gelak sama2, suka sama2, menganjing sama2, hisap rokok sama2, selesai saja main, pekena teh tarik pun sama2. peh! hari ini memang gua suka ria, esok lusa belum tahu.


*kesel=penat

2 comments:

  1. part tahi anjing tuh.perghh. mintak simpang. haha :D

    ReplyDelete
  2. anjing sesat banyak sangat..rasa nak tembak pun ada..nasib baik tak ada senapang.

    ReplyDelete