Monday, February 22, 2010

Catetan Hina (53)

teruja..

sejak kebelakangan ni gua ada rasa lain macam dengan diri gua. rasa tak sedap badan dengan apa yang gua tengok. macam nampak hantu jarang gigi. orang kampung gua panggil 'dedo' benda ni. cemburu ada juga timbul kadang2 dan sambil2 pemikiran gua melayang, keturunan gua ada jenis janggut panjang2 tak? rasa gua paling2 lebat pun setakat boleh tutup dagu saja. yang mana dagu terbelah macam hritik roshan hari2 sibuk mencukur gua rasa. tak tumbuh janggut pun tak apa, asalkan yang terbelah tu nampak terang jelas dan nyata. kalau boleh tiap2 malam sebelum tidur mesti sepit guna penyepit baju, konon yang lurah tu boleh buat bagi ke dalam lagi.

gua dah cari macam2 formula macam mana mahu kasi janggut lebat dan panjang. abang gua kata sapu minyak bon boleh melebatkan segala jenis bulu. pandangan itu gua tolak tepi sementara, gua cari alternatif lain. salah seorang sahabat gua cakap sapu darah kelawar dan gua tanya balik, kelawar yang jenis mana satu? yang hidung macam babi tu ke? dia suruh gua cari kelawar yang jenis hisap leher perempuan bersalinkan anak lelaki. dekat situ juga gua bagi dia tumbukan padu sebelah paru-paru. jenis bergurau tak bertempat.

bapak gua pernah cakap sapu dagu dengan tongkeng ayam. pasal masa bapak gua muda2 dulu dia pernah bekerja di rumah penyembelihan katanya. hendak dijadikan cerita, sahabat bapak gua beritahu, tongkeng ayam tu boleh mengeluarkan sejenis minyak pabila dipicit. haa minyak itula yang berguna untuk melebatkan janggut. gua jadi yakin, serta merta gua tengok gambar2 nostalgia bapak gua zaman muda2 dahulu. cehhh sejemput saja. boleh dikira pakai jari gayanya. rasanya kena taruh 24 biji tongkeng ayam barula menjadi formula ini gua rasa.



gua nekad kalau gua dapat macam Yusuf Islam ni gua tukar course study gua.
cari course study yang boleh bela janggut sampai pusat.
kah kah kah.!




lu jaga Fred gua dah standby pisau gillete kalau terserempak dengan lu.!





dekat pasar karat ada jual janggut2 lama tak? dapat macam logue ni pun dah kira ok.


*esok gua ingat nak turun times square kejap. ada satu kedai jual bulu2 palsu, yang jenis rambut macam madonna pun ada! gua dah lama aim ini kedai. juruwangnya dua alam.

5 comments:

  1. hahahaha. gile rare permintaanha. anda haha

    ReplyDelete
  2. jaja~saya tak kasi chan. pisau2 gilette semua sudah patah dua.

    ReplyDelete
  3. ana~ada lagi pelik dari impian aku oi.

    ReplyDelete
  4. gua dah ade janggut tapi jambang pulak xde..ape cer??

    ReplyDelete