Thursday, February 25, 2010

Catetan Hina (54)

cerita kanak-kanak..




amacam? gua masa ni manja. mintak apa semua dapat. bila mak gua cerita masa gua kecik mainan saja ada dalam dua kotak. itu belum yang jenis patung2 binatang. buruk juga perangai gua kecil2 dahulu. jenis menyusahkan makbapak. tapi gua sedar masa ni gua fikir main sahaja. belum tahu masa hadapan. Manchester United pun gua belum tahu dia punya batch macam mana bentuk.

zaman ni gua layan lagu2 alleycats, dek pengaruh radio kereta datsun big boss gua. ke sana ke mari kalau tak alleycats, dia buka johorFM. jadi benda2 ni dah cukup sinonim dah dengan telinga gua. masa ni gua dingin habis dengan abang gua. apa yang dia suka, itu yang gua tak suka. jenis tak sebulu. kalau kereta dash yonkuro gua nak burning sun, abang gua suka racing doll. kalau racing gua mesti menang. apa gila? bateri eveready mana boleh lawan sama grand cell. gua siap ada charger bateri sendiri, abang gua jenis bateri pakai buang.

kalau gua kalah juga dalam racing ni, gua mengamuk. minyak rambut 'jc black night' abang gua, gua kasi 'kauk' buang dalam tong sampah. *Eizlan Yusuf macho habis dalam iklan ni*. gua takuk kepala abang gua sampai darah2. nasib baik abang gua bukan jenis pendendam.

sekarang gua tak macam ni. jenis kalau orang buat salah gua ajak duduk satu table, cakap baik2, order air terus nyalakan rokok. gua malas la nak sawan hulk hogan tak tentu pasal. kerajaan dah sarankan amalan berbudi bahasa, jadi kenalah ikut. heh heh heh.





gua memang dah aim belon gambo bug bunny tu, big boss suruh posing ambil gambar pulak.
yang kanan tu boi namanya. sahabat gua masa kanak2, gua cari dia sampai sekarang belum jumpa.
yang kiri itu gua punya abang. mahu jual sate sampai ke tua katanya.




primadona gua. Uji Rashid boleh terjun sungai Kota Tinggi kalau tengok mak gua time ni.






*kauk=mengaut sesuatu benda menggunakan tangan.

4 comments:

  1. steady la. kecik2 lagi dah pandai posing.haha.

    ReplyDelete
  2. weih ape da keta racing doll!!!gua sebagai ahli2 kelab dash yonkuro saman lu nnt pasal salah eja..dancing doll la,bukan racing doll..kahkahkah..

    ReplyDelete
  3. oh din tak apa..blog gua tak femes jadi tiadalah kontroversi..kah kah kah

    ReplyDelete