Monday, March 1, 2010

Catetan Hina (54)


merompak..

gua sedang tak ada sen. lenyap macam tu saja. nak kata gua melabur mlm tak juga. gua bukan ada share partner dengan siapa2. tontong duit beli rokok adalah. jadi gua putus mahu merompak satu kedai bunga malam esok. gua dah bentang peta berskala kecil. biar lebih taktikal rancangan gua kali ini. tauke kedai bunga ni lemah gemalai sikit jadi lebih senang kerja gua. hari jumaat gua boleh jimat sikit, tapi gua kena turun masjid pukul dua belas. time tu nasi minyak sepuluh bungkus hasil pemberian daripada salah satu pengusaha restoran di Sentul akan tiba. gua memang dah aim lama nasi minyak ni, tapi asyik tak dapat. mana tidaknya selalu lepas ke komuniti bangla saja. nasib baik dalam masjid. gua memang racist sikit dengan diorang ni, tak tahu sebab apa. jenis bau badan boleh dihidu 1oo meter dihadapan. deodorant macam2 jenis dah di pasaran.

***********

sem lepas pointer gua jatuh, nasib baik mak gua jenis blur sikit kalau baca result gua. jadi gua dah buat langkah2 perubahan. gua kaji satu persatu secara menyeluruh dan terperinci. gua dah dapat buat satu kesimpulan tentang apa yang perlu gua buat demi memastikan pointer gua naik sikit sem ni. macam mana nak apply kerajaan kalau pointer bangsat.
  • mantapkan ibadah
  • pakai belangkon setiap masa
  • gua nak bawa 2 botol besar air mineral pergi kelas
  • mandi 3 hari sekali
  • lebihkan kretek daripada rokok amerika
  • kurangkan menonton bola di maple (masih boleh dirunding)
  • tidur berbantalkan buku
  • kurangkan mendengar lagu yang 'keras2'
  • lebihkan mendengar dengan lagu2 Ramlah Ram.
  • cuba mengelak daripada memaki pekerja2 restoran maple
  • kurangkan bergaul dengan budak2 e-mall, mlm, dan sebagainya. kerja cerita bisnes saja.
  • jangan makan babat lembu dengan kadar yang melampau
  • jangan miskol2 orang tua di kampung, call terus!
  • kurangkan menghirup kuah lontong secara terus menerus, sebaliknya dengan berperingkat2
  • buku2 nota, tampal gambo2 Juliana Evans atau Hayley Paramore
  • makan kismis 21 biji sehari

**********

dinkiller tak tentu arah gua tak ada kat rumah. siap buat tribute untuk gua dalam blog. kah kah kah. susah jenis kasih sayang melimpah ruah ni. tak apa din, gua ada bawa oley2 sikit dari kampung. memang gua bawa untuk lu mencekik. tak banyak oley2nya tapi sikit pun jadila. orang melayu kata buat nampak. tak adalah orang kata balik rumah lenggang kangkung sehelai sepinggang. adalah sikit buah tangan.

oley2 yang gua bawa untuk din dan budak2 rumah.
  • maggi perasa kari sebungkus
  • kuih telinga keling satu paket
  • biskut batu satu paket
  • gula kasar satu kilo lebihan kenduri Maulud Nabi

5 comments:

  1. em bagus2...maggie tu nnt gua lapar gua pow la lu punyer...

    ReplyDelete
  2. "hari jumaat gua boleh jimat sikit, tapi gua kena turun masjid pukul dua belas. time tu nasi minyak sepuluh bungkus hasil pemberian daripada salah satu pengusaha restoran di Sentul akan tiba. gua memang dah aim lama nasi minyak ni, tapi asyik tak dapat. mana tidaknya selalu lepas ke komuniti bangla saja"

    the best part. leh tiru aksi nih kt alorsetar :D jimat jimat jimat

    mo tny..
    lu "mandi 3 hari sekali"?

    sebelum nih mandi sekali je? or tarak mandi?

    ReplyDelete
  3. eh x cik sadareizei,die ni memang rajin mandi..tp saye yang selalu mandi 1 kali sehari..hehehehe

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. sadareizei~ boleh nak ikut tapi kalau dah kena kepung dengan komuniti bangla jangan salahkan gua pula.

    dinkiller~ lu ni kerja mandi 'sahaja' je hari2..

    ReplyDelete