Monday, May 3, 2010

Catetan Hina (62)

kari kambing.





hari ahad yang lepas gua mengidam mahu pekena kari kambing. memang dah sebulan lebih gua tak pekena. lidah dah naik sasau perut dah naik angau. gua takda geng nak sama2 pekena, lantas gua ajak din kambing. memang dah kena nama panggilan dengan daging.

gua pinjam kereta seorang housemate gua. destinasi yang gua nak tuju apa lagi, maple Seri Mahkota la. majoriti pelayannya memang true India. gigi memang 'stok2' makan sireh.

sampai2 sahaja di restauran, gua intai dulu dia punya lauk macam mana. ok cukup memuaskan hati gua. lauk semua masih lagi berasap. sedang elok orang kata. macam biasalah ada pelayan cedokkan nasi. takut customer ambil over limit.

tiba2 si din kambing buat permintaan yang gua rasa memang dah common dah kalau pergi makan nasi dengan dia. tak padan dengan kecik, selera macam seladang.

"aney, bagi nasi lebih eh." mintak si din.

"mula2 ambik sikit dulu, kalau tak cukup baru tambah. berdosa besar kalau kita membazir tau." balas aney tu dengan muka bengis2 mak jah.


"dengo tu din". sampuk gua ringkas.

din menyengeh tanda akur. aney yang menegur din tu dah tua juga gua rasa. umur dalam lingkungan sebaya dengan big boss gua. janggutnya havoc juga. selesai mengauk kari, gua ambil 'port' makan yang betul2 berangin, biar peluh tak berapa nak 'heavy' sangat. gua fokus dengan kari sama nasi begitu juga dengan din. memang makwe lalu lalang gua tak ambil peduli apetah lagi senyum. main pengkes2 kaki makwe pun takda mood dah time tu.

cecah sahaja bontot gua dengan kerusi, seorang aney datang sambil mengeluarkan kertas resit berwarna putih. memang standard procedure persatuan 7 8 6. lepas customer ambil nasik, dengan sepantas kilatnya seorang pelayan datang untuk mengira. takut mengelat. tuih! gua pandang resit. selambe. rm 7.00 jelas tertulis di atas kertas. celakak! kari gua tutup separuh nasi je, bukannya semua.

selang 3 minit, nasi licin tinggal 2 3 butir saja. din masih lagi sibuk mengais nasik. dah macam akak2 klinik makan nasik dah gayanya. selesai saja membasuh tangan gua nyala rokok, gua tarik dalam2. pra syarat perokok, kalau lepas makan memang time yang 'heaven' bila menyedut. tune dah cantik. hendak2 kalau dapat lauk yang pedas2. peh!

bila selesai sahaja din mentekedarah nasik dan menghisap rokok, gua terus ajak din beransur. karang kalau dah bukak cerita, sampai maghrib pun tak sudah. sebelum bangkit daripada kerusi, din menegur gua dengan muka yakin.

"tak, cuba ko tengok pakcik india yang tegur aku ambil nasik tadi, tengah belek apa dekat bawah meja?". tanya din selambe dekat gua.

peh! nombor 4 angka. gua senyum.

6 comments:

  1. lama x makan kari kambing. tetiba mengidam pula.

    ReplyDelete
  2. jaja~ sama2 pekena dengan gua nanti.

    ReplyDelete
  3. zatul~selera tak selera la. kalau dah nampak bulu tangan maple lagi selera.

    ReplyDelete
  4. cite paling best seumur hidup gua..
    lu rase kite makan tu halal x??
    mane tau die beli bahan2 makanan2 tu pakai duit ekor tu..
    ??????

    ReplyDelete
  5. din~nanti gua repot dengan persatuan restauran2 mamak. kita usulkan kes ni. demi lu din. hihi

    ReplyDelete