Tuesday, May 11, 2010

Catetan Hina (67)

hati tisu. (jenis suka merajuk duduk bawah pokok)

sepanjang hidup gua, ada la juga pengalaman berdamping dengan banyak kerenah orang. kali ni gua nak kategori kan jenis hati dekat lu orang. sebab cara gua cakap main lepas je. kadang2 ada yang selamba boleh terima hembusan gua, ada jugak yang macam palat merajuk tak kemana.








tisu muka. (mudah koyak)


-majoriti makwe2 gua rasa. kalau jenis mengata tubuh badan ke, peel ke, kata2 ke, jenis nak merajuk tak tentu pasal. golongan2 ini harus dijaga hatinya bagaikan memetik pokok semalu di padang bola, jangan sampai menguncup. kalau dah menguncup tu, paham2 aja lah. merajuk la tandanya. golongan ini kalau dia mengutuk pun 'heaven' juga. memang kaw2 diorang punya hembus, tapi bila dah kena batang hidung sendiri, lu orang fikir lah sendiri. tak true langsung.

tisu jamban. (biasa cina pakai teknik ni)

-ada sesetengah makwe, ada juga sesetengah orang lelaki. golongan ini kadang2 tak konsisten dia punya perasaan. kejap boleh bawak bergurau kejap 'damn'. kalau lu orang hembus golongan2 tisu jamban ni, kadang2 dia boleh terima dan sebaliknya. gua memang tak boleh baca la golongan ni punya 'game'. sukar diramal dan juga boleh membawa kepada masalah besar. lagi gua menyampah.

tisu kenduri kahwin. (biasanya berwarna pink dan digunakan oleh din kambing untuk menghembus hingus)

-golongan ini gua boleh ajak pergi pekena teh tarik di maple. kira boleh 'join da club' lah. tapi kadang kalau melampau2 kena hembus, boleh menaik juga dia punya perasaan. hati2 ya lu orang. kalau kerja di kilang logam, tunggu supervisor herdik babi baru perasaan golongan ini menaik. setakat kata2 seperti lembab, benak dan seangkatan dengannya gua jamin dia punya hati masih lagi boleh maintain.

kertas pasir. (ini bukan jenis tisu)

-ha yang ini baru gua 'salute'. tak ramai budak yang boleh capai tahap ni. dia punya hati memang benar2 keras dan tak makan saman. jenis kalau kena hembus, dia tala balik. jaga2 keh keh keh. lu orang hembus la apa2 pun selamba je dia punya penerimaan. baik dari memek muka, gerakan tangan, mahupun cara duduk di kedai makan. golongan ini jenis senang dibawa berbincang baik dari urusan dunia mahupun akhirat. tak ramai sahabat gua yang jenis macam ini. 4 5 orang je yang gua nampak.


beberapa kategori yang mengikut fahaman gua sendiri, kalau lu orang tak suka jangan repot dengan siapa2. repot dengan gua je. tahulah gua nak cerita nanti. apa yang gua cerita ni tiada kena mengena dengan siapa2. gua cerita secara general dan siapa2 yang terasa maaf gua ucapkan. kih kih kih.

4 comments:

  1. agak kurang ajar lu menggunakan nama gua disitu..
    lu ingat free guna nama gua..
    gua nak setiap kali orang comment lu punye entri yang ni lu bayar gua duit royalti..

    hahahaha..
    gurau je...gua rasa gua nak jadi hati kertas pasir jenis yang kasar gile babi punya tu..
    gua dah bosan jadi hati tisu kenduri kahwin..
    baru true..

    ReplyDelete
  2. aku tisu muka. lol!
    ingat lagi kaw kutuk HELL punye kt aku.

    ReplyDelete
  3. kambing~ jadi kertas pasir gosok dekat bontot ah.

    ReplyDelete
  4. nkmn~ lu ingat lagi siak. gua dah tak berapa nak ingat.

    ReplyDelete