Sunday, May 16, 2010

Catetan Hina (68)

gumbira.






terima kasih buat kontinjen badminton Malaysia atas kejayaan merangkul Piala Thomas tahun 2010. walaupun berhempas pulas menentang pasukan China tetapi kejayaan tetap jua kita temui.


gua memang dah ready depan tv masa semifinal hari tu. mak gua siap goreng keropok ikan sama milo pekat untuk gua dengan big boss tonton badminton. kalau pukul 6 adik gua ngada2 nak tukar channel cartoon network memang gua libas dengan penyapu lidi. semangat gua bukan main lah gayanya. remote tv memang gua sisip kemas di pinggang. mana lah tahu kot2 mak gua buat perangai nak tengok channel afc pulak time tu. gua memang kalah sikit dengan mak gua bab tukar2 channel tv ni, jadi sebagai alternatif terbaik gua sorok di tepi pinggang gua dan gua baring dalam keadaan mengiring. remote gua hempapkan belah bawah. taktikal juga ye tak? keh keh keh.

perlawanan pertama: Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan Dan je.

big boss gua daripada duduk terus berdiri depan tv. gua nak tengok apa? jadi gua beranjak ke tepi sedikit menunjukkan tanda faham. keadaan kembali reda pabila Datuk kalah di set pertama. big boss gua terus menuju ke bilik air untuk selesaikan maghrib terlebih dahulu manakala gua menyusul kemudiannya. selesai sahaja tamat di set kedua pada perlawanan pertama, gua terus berfikiran positif. ada chan lagi lepas ni.

perlawanan kedua: KKK/TBH vs CAIYUN/FUHAIFENG

air milo sudah 2 cawan gua teguk dan keadaan Malaysia cukup menakutkan. beregu Malaysia seakan tiada peluang untuk mencuri mata pertama bagi menyamakan kedudukan. pada ketika ini gua gelak terbahak2 dek mendengar Datuk Rahim Razali membuat ulasan seakan membaca sajak hari merdeka. gua tukar channel rtm, macho sangat lah Datuk Rahim ni. rupanya rtm pun tak kurang juga pengulasnya. "HARUS DIINGAT". beregu pertama Malaysia juga tewas dan gua masih lagi berfikiran positif. Wong Choon Han boleh makan Chen Jin ni gua agak.

perlawanan ketiga: WCH vs CJ

penyokong2 Malaysia mula meninggalkan tempat duduk. sepanduk2 yang pada mulanya gah dikibarkan, ada yang sudah mula menggulung. tapi masih lagi ada yang bersemangat waja. memang true! gua dah menyangkung depan tv standby nak beredar dari tv. big boss gua dah mula duduk di kerusi malasnya lantas menyelak surat khabar yang dibelinya pagi tadi. dah macam takda mood nak tengok perlawanan ketiga. gua nyala rokok duduk tepi pintu. remote gua letak molek atas tv. siapa nak ambil, ambillah. gua dah tak kisah dan secara tiba2 fikiran gua bertukar negatif. ini yang gua nak hembus macam2 ni.


terima kasih Hendrawan :)




kalau gua tag team dengan mamat sebelah ni terang2 5 mata kami boleh curi jikalau bertemu dengan Caiyun/FuHaifeng. gua gerenti lah. setakat pukul shuttlecock lepas net tu, mampu lagi kami rasa.


*jangan ditengok sangat mata mamat sebelah gua ni pandang mana. jenis hormon tak berapa nak yakin.

No comments:

Post a Comment