Thursday, May 20, 2010

Catetan Hina (69)


membara.







pada 2 hari yang lepas seperti biasa pada malamnya, gua dan sahabat2 yang lain mengeteh di salah sebuah warung di bawah kediaman 'rasmi' kami sekawan. dengan berbekalkan kretek dan juga secawan milo panas gua cuba buka satu topik di sana.

"per, malam ni jom brickfields. gua dengar ada gereja melayu kat sana". ajak gua.

"serius? gua ada dengar juga sana port kristian pujuk budak2 melayu masuk kaper". jawab zaper

"nak pergi jom, gua try search kat google maps. hai dah teruk sangat dah
diorang punya penyebaran". din kambing merungut macam wakil rakyat.

"hah lu naik kejap din kat rumah, try search". suruh zaper.


*********

malam tu gua dan sahabat bercerita pasal geng2 illuminati dan sekutu dengan diorang sesaja. tiba2 gua jadi serius tentang hal ni begitu juga dengan dinkambing yang sibuk mencari tentang pergerakan mereka di enjin carian google tiap2 hari.

gua dan yang lain betul2 semangat malam tu. memang dah tak ada fikir2 dah pasal lagu untuk next jamming seterusnya, makwe2 bertudung di Cosmopoint, roti canai mana paling rapuh di kolompo, dan juga pemberian nasi beriyani di masjid sentul tiap2 hari jumaat. semua tu kami tolak tepi demi satu persoalan, apa benar gereja melayu benar2 wujud di brickfields? gua ada rasa sikit macam pengacara melodi malam tu.

"botak, gua try search tadi dia area2 sekolah rendah tamil". jawab din yakin.

selesai saja menghirup milo panas buat kali terakhir, gua dan sahabat2 yang lain terus melangkah pergi ke kereta. semasa dalam perjalanan kereta, paaanggggggggggggg! satu senduk sup daging hinggap di kepala zaper.

"woooiiiii!!, ingat ni air subsidi ke? tauke balak pun gulung tikar laa macam ni". marah akak si tauke kedai.


********

dalam kereta tak ada apa yang dibualkan oleh gua dan sahabat yang lain melainkan topik produk2 yang dipasarkan oleh orang yahudi dan cara penyebaran mereka. yang si zaper kata gini, si din kata gini, si zakwan kata gini, gua tak kata apa2, gua hisap kretek saja dalam kereta. perbualan mereka bagai bersidang di parlimen. macam nak bergaduh pun ada juga. ah lantak lu orang la nak gaduh2 ke, main rodok2 perut ke, suka hatilah. gua tak ambil 'port'.


********

sampai sahaja di brickfields, gua dan sahabat terus menapak di sekeliling gereja. satu jam juga kami di bricksfields. 10 minit pertama mengambil masa untuk berjalan keliling gereja, 50 minit berikutnya, dok khusyuk mendengar promosi orang jual ubat membesarkan kote. semangat macam palat.



*lu orang jangan percaya sangat pasal zaper kena baling senduk dengan akak tauke kedai. gua dan sahabat count team baik dengan akak. tak ada buat stail makan lari.

4 comments:

  1. nabil~ gerejanya tak jumpa. sudahnya niat kami bertukar. usik maknyah di lorong haji taib. cilake.

    ReplyDelete
  2. ceh.
    aku berie bace.
    kesudahan g hj taib.
    ngek ko botak.

    ReplyDelete
  3. ko dah mcm abg nas ahmad melodi la
    tp ko abg Bo Mafia. len yang ko terjah len yang ko dapat.ceh,gi lorong haji taib.

    ReplyDelete