Wednesday, June 9, 2010

Catetan Hina (72)

World Cup ye kawan-kawan atau lebih dikenali sebagai cawan dunia, eh piala dunia.

hari jumaat ni woi kejohanan bolasepak terulung di dunia. walaupun rumah sewa gua ni takde televisyen, tapi itu tidak mematahkan semangat gua untuk pergi menonton perlawanan diantara Kg Tengah FC vs Ivory Coast pada world cup nanti. kita tengok striker mana yang power. Asri Abdullah atau Didier Berokba.

pandai laa nanti gua cari mana mapley yang havoc dia punya customer. gua dah ada dua target sekarang ni. kalau tak mapley vargina, gua tengok di warung brader kelantan. tapi warung brader kelantan ni menyirap juga gua kadang-kadang, kita mintak milo panas dia pergi bagi horlick. jenis muda-muda lagi dah buta warna. kepada yang siapa-siapa mahu ajak gua tengok bola bersama, jangan segan-segan ye. jangan risau, gua bawak lighter.





ok, dengan ini secara rasminya gua akan menyokong badge ni dari segi sorakan semangat mahupun hembusan kretek. tapi dia punya warna dalam pesbuk tak berapa nak mantul laa. gua teruja dengan kaler oren sekarang, jangan takut kalau tiba-tiba gua tegur lu orang jikalau sedang memakai baju kaler oren baik di pasar malam ataupun di gelanggang futsal.































hidop Halim Othman!!!!!!!!



No comments:

Post a Comment