Thursday, June 17, 2010

Catetan Hina (76)

*flashback catetan*


pengunjungnya berbagai ragam.
manusia biasa asyik melaram.
tidak kira putih atau hitam.
bukan nak pertikai halal haram.
sekadar menghormati adat resam.
hadirnya ilmu amatlah kusam.
silih berganti hingga ke malam.
bertindak menolong sukarnya kelam.
bagai mencari kapal yang karam.
bangkit di hati teramat geram.
jangan gentar jangan seram.
cuma menambah sedikit gula dan garam.


ada yang licin ada yang menggerutu.
sana sini lantai disapu.
cepat bergerak bagai dikejar hantu.
ingatkan takut pada Yang Satu.
rupa-rupanya berkejar ke tempat itu.
ramainya orang bagai lampu dikerumuni kelkatu.
rasanya mahu membaling batu.
apa boleh buat gua pun ke situ.
mencari tujuan yang satu.
13 rukun entah bila datangnya waktu.


sanggup berdiri lama-lama.
macam mualaf menuntut agama.
macam ovum memanggil sperma.
ingatkan mahu belajar logaritma.
rupanya melihat pertunjukkan cuma.
masuk pertandingan pasti tempat pertama.
manisnya terasa bagai mengigit kurma..



nampak macam pengutip hutang.
tapi hanya mmbetulkan baju dan butang.
saling bertukar pergi dan datang.
ada yang bersuara lantang.
ada perangai seperti binatang.
sambil di jari rokok sebatang.
ada yang bengkok ada yang lintang.





hah itulah dia SI BUKIT BINTANG..

1 comment: