Sunday, June 20, 2010

Catetan Hina (77)

selamat hari bapa buat semua bapa-bapa sedunia.


macam biasa laa, kalau tibanya hari bapa semua sibuk mahu 'mengewish' untuk bapa-bapa mereka. siapa tak sayang bapak woi. sekeras macam mana pun orang itu, walau sekental mana sekali pun, nescaya mereka akan tunduk dek aura bapa mereka sendiri. perkara ini telah tertulis di dalam Quran. gua yakin dan jamin.

kalau kita pandang dari sudut yang 'major', kuasa bapa sememangnya mutlak dan tidak ada tolok bandingnya. cuma kadang-kadang seseorang itu mungkin akan mencuba mengatasi kuasa mutlak ayahnya sendiri. seperti contoh, memalukan nama baik bapanya sendiri, berkelakuan seperti binatang yakni memukul bapa tanpa rasa belas kasihan, menindas bapa ketika sudah berjaya kaya-raya dan yang lain-lain. jadi merujuk yang demikian jelaslah bahawa sifat rasa hormat seseorang anak kepada bapa itu mungkin boleh diubah dan digugat jika nilai kasih sayang tidak dikukuhkan dalam sanubari.

sifat sayang terhadap seorang ayah hendaklah diletakkan di tempat yang paling agung agar perkara-perkara seperti gua tulis di atas tidak akan berlaku. never and ever. bawak makwe pergi pebilion bangga-bangga, cuba lu try bawak bapak pergi pebilion tengok macam mana dia punya segan. lagi-lagi bapak yang jenis pakai kopiah, baju herot berot, gigi kuning makan sireh, berselipar jepun. mahu ditutupnya muka dek si anak. hark ptuihhh! tak true langsung !


jadi dengan ini, secara individu, gua mengucapkan selamat hari bapa buat semua umat manusia tak kira laa agama, bangsa mahupun warna kulit.




























eh, yang ini nak buat hapa..






























yang ini pun nak buat hapa, main dah laa macam taik semalam..




























yang ini laa baru betol. keh keh


2 comments:

  1. selamat hari bapak enc omar. anak pakcik nih buas. HAHA

    ReplyDelete
  2. gua perasan lu punya blog url makin macam palat..naik menyampah gua mencari url blog lu td..nasib jumpe..

    ReplyDelete