Tuesday, June 29, 2010

Catetan Hina (80)

performance mengalahkan v-tec.










ok, malam semalam betul-betul bikin gua jadi goyang sekejap dengan slovakia. abang vittek ni tak tahu laa macam mana jenis masyhur dia nak. cukup laa dah ganyang italy sampai buat cannavaro jadi bapak kejap kepada dia punya rakan-rakan. menangis punya pasal.





nasib baik ada abang burg yang selamba selamatkan bola macam takda masalah. tapi yang minit-minit terakhir tu, apahal lu macam jadi orang paling pemalas kat dunia bila nak selamatkan bola ?



**********


semalam gua dah macam "gay boy" bila tengok bola berdua sahaja. nak-nak membe yang tengok bola dengan gua ni muka ada jambu sikit jadi makin yakin laa orang-orang di kedai makan tu mengecop gua sebagai pecinta kaum sejenis. tapi itu tak jadi masalah buat gua. gua makin buat benda tu lagi 'menjadi'. letak tangan atas bahu. tolong cucuhkan rokok. sawang jatuh atas kepala gua tolong gosok-gosokkan. tukar-tukar rasa air, ermmm sama sebenarnya rasa air tu. kalau tembakau dah nak-nak sampai putung, gua hulurkan telapak tangan sebagai tanda pengorbanan. ok. yang ini gua tipu. apa kejadahnya kalau ashtray punya bentuk sikit punya cantik nak matikan api atas telapak tangan gua ? kecantikan ashtray pun boleh buat tarikan orang datang ke restauran lu orang tau tak ?



********


ok, gua dah jumpa sejenis rokok yang rasanya ada iras-iras marlboro. kotak dia memang cantik. harganya pun takde laa macam celaka.

No comments:

Post a Comment