Friday, July 30, 2010

Catetan Hina (100) last kopek...


Mr Raja Ismail


selat tebrau di sisi kota
bukit timbalan mercu tanda
istana besar bangunan indah
masyur seluruh negara

tuah diberi dikota ini
ramai pelawat berkunjung ke mari
di sini lah juga sejarah bermula
Johor Lama namanya

air terjun dan Desarhu
pelancong hilangkan rindu
terasa nikmatnya kesejukan
airnya yang berkilauan

dari pagi hari hari
hingga petang
belum puas dipandang
puncak gunung ledang
ku mendaki..di sini lah ku hayati.


lagu yang telah diajar oleh salah seorang cikgu gua time darjah dua di Kota Tinggi dulu. gua masih ingat cikgu ni selamba je dia petik piano. memang asler. kalau semasa itu gua tengok orang main piano memang celaka laa dia punya teruja. lu tekan laa kod mana-mana pun gua tetap teruja time tu. tiap-tiap kali tibanya subjek pendidikan musik lagu ni adalah yang wajib dinyanyikan selain daripada lagu Negeri Johor. macam biasa, gua laa anak murid beliau yang paling high pitch punya suara kalau menyanyi sambil buat-buat pegang mic. gua memang tak kasi chan.

tapi pernah dulu gua jadi penyenyap sekejap dalam kelas musik. apatah lagi nak kasi high pitch lagu ni. gua nyanyi pun dalam keadaan biasa-biasa sahaja. dan semasa gua tengah menyanyi tu adalah seorang dua tengah terangkat-angkat bahu tahan ketawa. celaka. time tu gigi tengah rongak belah depan sementara nak tunggu gigi kekal 'cover' balik. memang kalau gua bukak mulut sikit pun satu kelas gelakkan gua termasuk laa makwe-makwe. ah bukannya lu orang gigi kekal masing-masing.


*- ada siapa-siapa tahu pasal lagu ni sila sound gua. terutama kepada budak-budak SKTDSN, Kota Tinggi Johor
- entry ni yang keseratus gua dalam belog ini. macam biasa, gua tulis pakai kaki sahaja.
- lepas ni gua dah tak pakai siri bernombor catetan.
- gua ingat lirik lagu ni sebijik-sebijik sampai sekarang woi!. cemerlang kan gua.



oh ya! lirik lagu ini gua lupa nak letakkan dia punya tajuk. disebabkan lirik lagu ini lebih cenderung ke arah tarikan pelancongan dalam negeri Johor, Kota Tinggi khususnya. oleh yang demikian, dengan ini secara rasminya gua meletakkan nama " apa kejadahnya kalau pergi Kota Tinggi tapi lu tak singgah kat tempat-tempat yang disebut dalam lagu ini." sebagai tajuk lirik lagu di atas. amacam? cun ehh..

5 comments:

  1. akhirnya yang ke100 oleh adik botak ! haha

    ReplyDelete
  2. boi,
    gua comel kan?


    medan,
    bila nak pancing laut ni?

    ReplyDelete
  3. ape name tajuk lagi nie?carik ky utube x dapt pon..=-=

    ReplyDelete
  4. ape tajuk dye weii.. tlg la btwuuu

    ReplyDelete