Thursday, July 1, 2010

Catetan Hina (81)

banyak sebenarnya dosa yang gua buat.


petang tadi entah macam mana dia punya 'tune' gua pun tak tahu. mungkin tuhan tu nak tunjuk dekat dia punya hamba macam mana Dia punya 'power'. tatkala matahari gelincir jatuh turun ke sebelah barat gua boleh jadi syahdu tengok dia punya cahaya.


petang semalam cuaca punya laa mendung sampai matahari pun tak nampak bayang, tapi petang tadi matahari kasi tunjuk dia punya 'seni'. tambah lagi ada pulak gerimis turun ngam-ngam time matahari gelincir jatuh ke sebelah barat. terdengar pulak sayup-sayup orang mengaji dari masjid berdekatan dengan rumah sewa gua ni.


gua boleh nampak cahaya matahari tu kasi reflek sama gerimis. gua tak fikir banyak, gua capai luffman, gua terus nyalakan api. lantas gua bersidai tepi tingkap. jadi gua nampak laa daripada atas budak-budak dok seronok main bola. asap rokok gua tarik dalam-dalam. gua hembus kembali keluar. ternyata asap keluar melalui telinga. ermmm.. gua tipu keluar ikut telinga. teringin juga sebenarnya. nak juga gua kejut semua budak-budak rumah gua pergi tengok matahari terbenam. kejadian tuhan kena laa kongsi sama-sama. ye tak?


gua harap scene ni akan berulang lagi esok dan begitu laa hari-hari berikutnya. tapi apa kejadahnya lepas menghayati keindahan mother-nature terus menghadap kompiter semula...? tak reti-reti semayang maghrib ke woi...!!!! cargas..!








video
ingat nak rujuk kat finas suruh diorang tengok kalau-kalau ada benda yang boleh ditapis dalam movie gua ni.

2 comments:

  1. enpon pak lah setting video. gua nak ambik gambar sebenarnya. mana pandai sangat teknologi enpon ni.

    ReplyDelete