Saturday, July 3, 2010

Catetan Hina (83)


nada dering



semalam lebih kurang pukul 5 pagi selesai gua menonton perlawanan 'chaos' diantara sepanyol dan paraguay di salah sebuah restauran maple di danau kota yang haram jadah dia punya harga makanan, gua stat moto pecut balik rumah.


macam biasa, perjalanan balik ke rumah gua akan lalu salah sebuah jalan yang paling bangsat gua syak di kolompo ni. jalan genting klang. dia punya "renovate" jalan macam mahu bikin litar f1. daripada mula-mula gua jejak kaki kat kolompo sampai ke hari ni, jalan genting klang tak pernah siap sempurna. mesti ada tampal sana tampal sini, tebuk sana tebuk sini. ada saje rosaknya.


kalau laa steamroll tu boleh berkata-kata....



*********



ok. sampai sahaja rumah, macam biasa time-time sebegini budak-budak rumah gua semua dah terbongkang tidur dengan skill masing-masing. bagi yang keluar menonton bola tadi pula, semua dah bersiap-siap nak pekena tidur. ada yang urut-urut kaki, sit-up 70 kali, picit-picit jerawat depan cermin mini, standby yassin bawah bantal dan message2 "take care abang nak tidur ni, baby jangan beromen dengan jantan lain tau" kepada makwe masing-masing.



lepas kencing, gua kasi bukak pesbuk kejap sepam dua sementara nak tunggu bilal myanmar melaungkan azan subuh dekat masjid sebelah pangsapuri gua ni. gua dah boleh agak macam mana bilal myanmar nak kasi "starting" azan. dia mesti kasi tiup itu mekrofon dulu.


"sssooooohhhhhh, ssshhhyyyyhhhhh, fuuuuhhhhhhhh".


lepas tiup dia ketuk pula mikrofon tu sekali dua. nak kasi betol-betol pasti itu mekrofon samada berfungsi ataupun tidak. teliti.



maka azan pun berkumandang. selesai solat subuh, gua menghadap lagi laptop sepam dua. bukak website yang mana patut sebelum tidur.


paaap...! satu nada dering bertemakan "anime" keluar daripada salah sebuah enpon budak bilik gua.


"ohhh adam".


gua bercakap dalam hati. tak pernah-pernah pakai nada dering macam gini punya kuat si adam ni. tengok gaya macam taknak lepas subuh.


gua jadi bangga, si adam ada usaha sendiri nak mengerjakan kewajipan. lima belas minit selang, gua dah bersiap nak tidur. katil gua dah kasi kibas-kibas pakai selimut pemberian mak gua. bantal gua dah kasi tepuk sepam dua. kipas gua kasi 5. semua gua dah kasi setting cantik, tinggal masa nak landing kepala.


ah keluar kejap laa lepak ruang tamu hisap rokok apa yang patut. bersembang dengan adam pun sedap juga ni. maka gua ke ruang tamu, gua nampak adam dah menghadap kompiter. gua tengok muka adam memang fresh bangun tidur. takde tanda-tanda muka kena air.


"dam ko dah semayang subuh belom?"


adam tersengih-sengih malu. sambil tangan kiri ligat menekan huruf w d s dan a.


cehhh! dah agak dah. rokok gua sedut dalam-dalam.


nada dering sikit punya kuat.....

No comments:

Post a Comment