Thursday, July 8, 2010

Catetan Hina (87)

port klang bandar syahbandar.

cherita 1:ktm lembab macam haram

semasa dalam tren ktm lembab macam haram menuju ke port klang gua duduk bersebelahan dengan mamat-mamat madura. ramai juga gua rasa. masing-masing sibuk dengan enpon dan gejet-gejet buatan cina yang murah dan senang diperolehi dari mana-mana kedai elektronik.

celakak! gua dekat malaysia ke indonesia ni..? semasa dalam perjalanan, gua ada terperasan dua orang daripada mereka dok sibuk memerhatikan gua dan berbisik sesama sendiri. dia orang berbisik dalam bahasa madura. tak mungkin dalam bahasa perancis mahupun moldova. gua tak berapa pasti dia orang bersembang pasal apa tapi yang ini gua syak. gua kasi translate.


"suhir, kau tengok mamat sebelah kau tu. muka ganas, tangan urat-urat, banyak parut, tatoo bersepah." -ansori

"haah, mungkin ini samseng malaysia ri. daripada cara dia aku tengok, hoih.! ini bukan sembarangan orang ni ri. bahaya ni..!" -suhirman

"dia pergi port klang pagi-pagi gini buat apa agaknya ye suhir?" - ansori

"aku rasa ini mesti ada kes ni, kalau tak kes hutang, mesti kes bunuh-bunuh!" -suhirman

"takpa hir sampai port klang kita cari pasal sama dia. tengok macam mana dia boleh pergi" - ansori

"betol tu ri kita tengok siapa lagi hebat" -suhirman


1 jam berikutnya....


ppiiiiiiinnnnggg pooooooooooonnnggg! stesen terakhir pelabuhan klang, last station port klang.


tut tut tut.. keletak..! pintu tren terbukak menandakan semua penumpang wajib blah daripada koc.


"eh ri jom-jom kita ikut mamat tu. jangan kasi terlepas." -suhirman

"jomm! tak madura laa kalau tak cari pasal dengan orang" -ansori

"kah kah kah. lepas dia serah tiket tren kita terjah dia ok?" -suhirman

"ok..! kalau dia kuang ajar, kita kasi keroyok!" -ansori


gua keluar daripada stesen. sial! ada orang orang follow. semakin laju gua menapak, semakin laju dia follow dari belakang. dalam pada itu, masih lagi sempat untuk gua lemparkan senyuman yang paling manis direct kepada makwe kaunter ktm. ok, gua dah tak larat nak main kejar-kejar lagi. gua memang dah ready. apa nak jadi, jadi.

dengan secara tiba-tiba...

paaap..! bahu kanan gua ditepuk dari belakang.


"errr bang boleh kasi pinjam itu lighterrr nggak?"


"babi!, follow jangan macam samseng sangat boleh tak..?!" gua bisik dalam hati.



*gua kalau pergi mana-mana mesti ada standby 'barang rahsia' dalam kocek. kita tak tahu, macam-macam boleh jadi ye tak? nak berbini pun belom merasa lagi ni.

No comments:

Post a Comment