Monday, July 12, 2010

Catetan Hina (90)

cherita 2:port klang bandar koboi


pon! pon! pon!

sebuah satria berwarna hijau memberi lampu tinggi kepada gua. niat gua untuk menelefon balik sepupu gua terus tak jadi. gulp.! gua telan air liur. hamboi! bukan main berkilat kereta. itu baru kereta, belom tuannya lagi. nah! tepat jangkaan gua, memang 'semart' tuan punya kereta. gua malas nak cerita macam mana tuan kereta punya semart. takkan seluar pendek, baju pagoda berterompah jamban ye tak?


vroomm..! "agagagagagagagaga hosh hosh" hah macam tu laa agaknya bunyi kereta tu. gua tak pandai.

satria hijau betol-betol berhenti sebelah gua. tiba-tiba cermin pintu kereta turun slow-slow macam dalam cerita-cerita yusof haslam kalau si lelaki nak mengorat makwe kilang tunggu bas dekat bus stop.

"woi epi.! masuk-masuk." -pok

"peh..! lama sial aku tunggu ko pok, aku dah macam mat indon dah tunggu agen datang ambik." - gua

"aku ingat ko sampai pukul sembilan..bla..bla..bla..bla..bla.." -pok


paap.! lagu akak poziah latep berkumandang. "inikah dugaan yang ku terima menyintai mu sepenuh jiwa..bla..bla..bla..bla.."


"fuh! layan sinar.fm sekarang" - bisik gua dalam hati


sedang gua tutup-tutup mata genggam-genggam tangan melayan lagu akak poziah tiba-tiba paiz sepupu gua ni mencelah.


"ko tahu tak aku ajak ko ke sini nak buat apa?" - pok

"kan ko ada cakap aritu, bawakkan kereta ni ke seremban kan?" - gua

"ha betol-betol, sebelom tu, ada banyak lagi urusan ko kena tolong aku ni pi." -pok

"mende?" - gua

"ko kena ikut aku ke Bank Rakyat..bla..bla..bla..Maybank bla..bla..bla..Jabatan Laut bla..bla..bla..Pejabat Pos bla..bla..bla..JPJ..bla..bla..bla" - pok

"wokeh."- gua

"apa-apahal kita pekena roti sardin dulu" - pok

"cantekkk...!" - gua


semasa dalam kereta. ada satu benda yang gua berat sangat nak cakap. gua penyegan sikit sebenarnya. keh keh. nak cakap taknak, nak cakap taknak. karang kalau gua cakap, mana laa tahu kot-kot boleh. setelah gua berfikir panjang tentang baik buruknya, positif negatifnya, lantas gua buat keputusan untuk bercakap sesuatu kepada sepupu gua. ah gua cakap juga laa.


"errrr pok" - gua

"ermm" - pok

"hehehehe" - gua

"apahal" - pok

"hehehehehehehehe" - gua

"aku tempeleng karang ko nak mende.?" - pok

"hehehehehehehehehhehe" - gua

"dia ni karang kalau aku dah...?" - pok standby tangan belah kiri

"hehe ok ok..err..err.. pok mintak sebatang boleh?" - gua

"ha ha ha aku ingat mende laa tadi.." - pok

"hehehehe" - gua

"ko bukak box depan ko tu" - pok



peh..! marlboro!!!!




*pak guard maybank ni kalau kena hentak sikit dengan perompak, mahu luruh tulang-temulang gua syak. tak konfiden langsung.

No comments:

Post a Comment