Thursday, July 15, 2010

Catetan Hina (92)


duit besar.



hari ini macam biasa disebabkan sem ni kelas gua boleh dikatakan tak berapa nak 'heaven', gua ambik kesempatan untuk tidur lama sikit. ptuih! sikit kepala hotak lu botak, kalau dah bangun tidur sampai tak jumpa pagi bukan sikit namanya tu. itu pemalas orang panggil.

jadi macam orang-orang lain juga laa, bangun sahaja tidur, gua mesti nak kena cari makanan buat isi perut. tak kira laa nasik ke, roti ke, capathi ke, shampoo ke, pasir lombong dan sebagainya. lepas sahaja pekena pesbuk alakadar, gua capai tuala berus gigi terus bergegas ke bilik air.

peh! nikmat juga kalau air curah atas kepala ke bawah rupanya. gua kasi gosok-gosok kepala. pusing-pusing sikit badan. muka gua hadap 'shower'. mata gua kasi pejam. mulut bukak katup. air masuk mulut kasi keluar balik. fuh.! memang sebijik macam minah saleh mandi. gua bagi lagu xpdc sepam dua. bahagian yang pitching tinggi, memang gua tak kasi can.

"rancak..duniaaaa..berlagu..tipu..daya..mustakim..semulaaa"

gedegang..! gedegang..!

"woi.!!!! orang lain nak mandi jugak. 'manje-manje' aku dah tunggu dah tu!" - wan terajang pintu.

"yelaa yelaa!" - gua akur.


****

badan gua kasi lap kering-kering. bersiap lebih kurang. ahh tshirt semalam belom busuk lagi ni. gua capai helmet terus bergegas ke moto. semasa sedang gua menunggu enjin moto panas dan bertenaga, gua nyala rokok terus cek dompet. kertas topup seben eleben berlambak dalam dompet. "ah celakak, kena pergi cucuk ni". kat kolompo tak dapat ni nasik berdasarkan jumlah wang yang gua ada sekarang. pernah dulu gua kena 'ketuk' nasi sama telur tiga ringgit setengah, kepala hangguk dia. tak penyayang langsung peniaga-peniaga nasik campur sekarang ni. kalau telur dia besar takpe gua tak kisah, ini kalau setakat buat lepas kunyah empat lima kali baik tak payah.


sampai sahaja depan bank, gua kasi tongkat enjin dan biar kasi hidup. takde sapa laa nak 'haijek' moto gua tu. orang lalu lalang jalan kaki bersepah. lepas dah kasi keluar lima puluh sekeping, gua start moto pecut ke kedai nasik yang sering kali di 'aim' oleh dewan bandaraya. gua peduli hapa. janji perut gua kenyang dan harga lauk takde macam gampang sangat.

"nasi kak..!" - minta gua

"nah" - jawab akak tersengih-sengih hulur nasik

"kasi lebih sikit laa kak" - rungut gua

"erm nah.!" - akak hulur nasik tarik muka


pembeli pun ada laa tiga empat orang tengah ready tunggu nasik. memang banyak aneka jenis lauk kedai akak ni, maklum laa payung baru naik. lauk pun panas-panas lagi. senduk lauk warna warni pulak tu. strategi barangkali.


"daging sikit..terung dua bijik..berapa kak?" - tanya gua

"erm pat inggit dah laa dik" - jawab akak dengan mata usha kiri kanan atas bawah dekat nasik gua.

ingat gua nak main tipu ke, tutup ayam dengan sayur? jangan hanya pandang kepada seluar koyak, akak ingat saya budak jahat.


"mintak maap kak ehh saya baru lepas cucuk" - gua hulur not lima puluh

"takde duit kecik ke dik?" - tanya akak

"akak ni ada jugak saya cium karang, saya dah kata baru lepas cucuk"- bisik gua dalam hati

"ohh ade-ade..ermm nah lebih" - akak tu hulur belen duit.


kalau nak berniaga duit kena laa ada yang kecik-kecik senang nak bagi belen dekat pembeli, apa guna kedai-kedai bersebelahan. bukan reti nak tukar-tukar dengan orang sebelah. ini laa kalau berniaga jenis sombong iri hati dengan peniaga lain. jenis nak bolot untung sorang-sorang. padehal membe sebelah jual pisang goreng je. tak kacau kau punya lauk. haih.


gua start moto pecut balik rumah sambung bebel-bebel dalam hati atas moto. makwe-makwe tunggu bas gua kasi senyum. baik yang tunggu bas mahupun tunggu balak masing-masing. seronok pulak rasa bila ada makwe yang balas balik senyum. tapi kenapa gua macam ada rasa tak kena ni. rasa macam tak sedap hati. risau dengan tiba-tiba. helmet dah sarung kepala. brek moto makan. duit dah cucuk. nak kata dompet tercicir, gua cek ada. rokok habis, berbatang lagi ni. nak kata gua tak pakai spender, gua cek eh memang dah lama gua tak pakai spender. apa yang tak kena ni?


"ALLAH!!!! NASIKKKKKK.!!!!!"



gua brek mengejut. cepat-cepat u-turn menongkah arus macam farid kamel dalam cerita rempit.

3 comments:

  1. hahaha..... tu la... ade niat jht lagi kat akak tu... kan tinggal nasi.. wakakaaa

    ReplyDelete
  2. e2la len kali jangan melayang je memanjang..kene buat checklist hahaha..

    ReplyDelete
  3. anna,
    ah niat nak cium, bukan nak rogol.

    anom,
    checklist mende?

    ReplyDelete