Monday, July 19, 2010

Catetan Hina (93)


cikgu perancis.


hari jumaat yang bila dia punya tarikh gua dah lupa tapi seingat gua hari itu gua terlajak kelas perancis sampai satu jam. nasib baik lecturer perancis ni jenis yang steady kalau dia punya anak murid masuk lambat. mengikut kiraan gua, satu jam tu dah kira celaka dia punya lewat dan memang dah tak boleh 'kautim' kalau nak masuk kelas. kalau masuk juga memang makan penerajang ataupun satu hembusan yang boleh buat setiap orang terjun bangunan ataupun lepak kawasan pedalaman sampai mati.


memang hari itu nasib gua baik. maklum laa hari jumaat orang kata, tambahan malamnya pula bini dah kasi 'bonus' padu ye tak. sebab tu mood lecturer gua kali ni suka memanjang.

tok! tok!

"err assalamualaikum, sori sir lewat sikit." - gua


gua ambik 'port' paling belakang, duduk bersebelahan dengan seorang bartender part time di salah satu tempat di bukit bintang. celah mana dia punya lokasi gua kurang pasti. memang kalau lecturer keluar ke kelas atau angkat talipon orang, mamat ni mesti ajak gua bersembang. maka terkeluar laa daripada mulut beliau tentang kehebatan pil-pil yang berkuasa di dalam club. gua tak berapa 'in' sebenarnya tapi memikirkan bosan dalam kelas, jadi gua mengiakan sahaja.


semasa dalam kelas, tiba-tiba lecturer ni bukak satu cerita yang gua mula-mula goyang juga bila dengar. pelik pun ada. timbul tanda soal kat dalam kepala pun ada. nak cucuh rokok dalam kelas pun ada. tapi semua sifat dan kehendak tu gua simpan. gua kasi pasang telinga dengar apa yang beliau nak cerita.


"err awak semua tahu tak sebab apa team malaysia kalah piala thomas haritu?" - mr badiozaman tanya dalam keadaan serius stail jalaluddin hassan

"ha..? nape ekk sir?" - seorang makwe tanya balik

"sebenarnya ramai orang tak tahu punca kekalahan ni." - mr badiozaman jawab yakin

"why all of this is gonna hepen ya sir?" - sorang mamat tanya dalam lagak stylo. bukannya gua tak tahu dalam enset dia bersepah lagu izwan pilus.

"sebab orang yang yang sebenar yang latih team malaysia adelah pompuan" - jawab mr badiozaman

"eh...ha...betol ke...ekk..peh...hachoooommmm!" - semua dalam kelas bagi pelbagai reaksi sorang sahaja yang mengada time-time ni nak bersin.

"laa betol coachnya adelah pompuan alaa miss..apa nama dia lupa..alaa miss ini ha..ermm miss..ahaa missbun..!" - mr badiozaman jawab sambil tersengih


KAH! KAH! KAH!


mamat bartender sebelah gua ni bersembur air liur gelak ketawa.

No comments:

Post a Comment