Sunday, July 25, 2010

Catetan Hina (97)


cherita azzrai 1



pagi itu ntah macam mana si azzrai punya laa marah bagai nak gila macam kucing hilang anak. bingkas sahaja dari tidur azzrai dah macam orang hilang arah dan tiada pertimbangan. ada sahaja nak ditumbuknya, ada sahaja nak dimakinya. kalau dinding bilik tidurnya ini berteraskan playwood, mahu berlubang rasanya dek tumbukan si azzrai. memang geram si azzrai ni gayanya. nasib baik dinding biliknya berteraskan batu-bata jadi agak terbatas sedikit marah tunjuk perasaan azzrai.


tin biskut habis ditumbuknya dek amarah yang amat sangat. biskut-biskut "danone" yang berada di dalamnya pula hancur digoncang azzrai. kalau dah marah makanan memang tidak boleh dijadikan alasan bagi azzrai untuk tidak menunjuk marah. nasi ayam ke, roti john ke, sambal petai ke memang dah tak boleh fikir dah.


pagi itu suram, memang tak ada kawan sebilik berani bukak lagu dengan volume kuat time-time ini. si din kancil sibuk buat-buat makan kerepek sambil pandang tempat lain bila mana azzrai menjeling tajam ke arahnya. si adam pekan buat-buat fokus main psp bila azzrai cuba bermain mata dengannya. padahal pspnya belum on pun lagi. akibat terlalu takut, lakonan si adam bermain psp menjadi. nasib baik si lah besut semasa itu masih lagi nyenyak dibuai mimpi. kalau tidak, dia pun turut serta berada dalam ketakutan. angah bedai kelam kabut menyalakan rokok sebaik sahaja namanya dipanggil azzrai dalam gaya sergah. dalam tak sedar rokoknya dibakar pada 'filter'.


dengan secara tiba-tiba si azzrai menggeletar bagai kena sawan babi peringkat pertama. dengusan nafasnya semakin lama semakin kedengaran. hidungnya kembang kempis menarik udara. dadanya berombak dengan laju menandakan kadar oksigen dalam paru-paru semakin menjadi tidak teratur. dihentak kaki kanannya atas lantai berkali-kali. buku lima penumbuknya di genggam kemas-kemas macam rosyam noor dalam cerita castello.


"WOI!!! SIAPA LUKIS MUKA BABI ATAS DAHI AKU NI MEMANG DIA TEMPAH KUBOR..!!!"


masing-masing buat-buat tak tahu dengan pekikan azzrai.






ganaskan gua?

2 comments:

  1. tak baik botak kutuk azzrai.... hahahahahahaha

    ReplyDelete
  2. azzrai bukan hati tisu macam lu.

    ReplyDelete