Wednesday, July 28, 2010

Catetan Hina (99)

pagi tadi.


"wiiit wiiit wiiit"


enpon buatan malaysia gua berbunyi dengan ringtone burung tiong. gua dalam mamai-mamai raba enpon kat belah kanan tak ada. raba-raba enpon belah kiri tak ada. mana pulak gua letak enpon. bunyi keluar enpon tak jumpa. gua raba-raba belakang badan hah! jumpa. tapi jumpa area-area bontot. kalau membuta dah macam kongkang argentina memang tak fikir enpon taruk mana. pernah dulu gua tidur hempap rokok area bontot juga. memang feel dia punya asap bila nyala.


gua tengok skrin. nombor asing. tak ada pula nama-nama biasa yang keluar kat nombor telefon. memang makan kaki ni karang kacau gua tengah sedap tidur. biasanya pagi-pagi gini seorang sahaja yang berani telefon. mak gua. kalau telefon, mesti tanya tengah buat apa terlebih dahulu. gua akan jawab baru balik joging. saja gua nak kasi tunjuk anak dia kat kolompo ni mengamalkan cara hidup yang sihat sikit.


gua tekan butang hijau.


"hello" - gua jawab

"huai! huai! huai!" - makwe cina salah nombor.

"amende? u got the wrong number haa" - gua balas

"oh ya ka? soli soli soli" - makwe cina salah dial nombor

gua tekan butang merah.


lebih kurang pukul sepuluh pagi enpon gua berbunyi burung tiong sekali lagi. macam celaka time-time gua free tak ada kelas ni kacau gua tengah sedap tidur. nombor pun masih sama seperti tadi. tak ada yang berubah. makwe cina ni saja nak mengorat gua atau memang betul-betul tak sengaja ni?

gua tekan butang hijau


"hello" - gua jawab dalam mamai

"huai! huai! huai!" - makwe cina tak reti bahasa

"u salah nombor lagi laa amoi" - gua jawab dalam mamai

"oh ya ka? soli haa soli" - dia balas selamba

gua tekan butang merah dan sambung membuta


lebih kurang pukul 3 petang enpon gua bunyi buat kali ketiga. macam biasa bunyi tiong. nombor pun tak berubah. makwe cina ni nak cari apa sebenarnya? kalau nak buat teman mengeteh gua boleh pertimbangkan lagi. tapi kalau setakat nak huai! huai! huai! gua tak boleh terima. kalau din kambeng buat gua sebegini rupa memang gua grip dia punya leher.

gua tekan butang hijau

"hello" - gua jawab nak tak nak

"huai! huai! huai!" - makwe cina ni mengacau stail budak-budak medoi

"lu nak apa lagi amoi? ini nombor gua laa" - gua balas separa tegas

"ini nombor u ka? biasa i kol nombor ni maa" - makwe cina tu balas

gua terus tekan butang merah terus ke jamban. pundi kencing dah nak bocor.


mata gua dah tak sedap tidur. gua cari rokok lepak ruang tamu. sedang gua tengah duduk saja sambil ngepam asap, pap! enpon gua berbunyi lagi satu kali. kali ni gua dah tak boleh pergi dia punya feel. memang kena hembus sekejap lagi amoi ni. amoi ni tahu tak apa yang diertikan dengan perkataan "faham bahasa". kata 1malaysia.


gua kasi tekan butang hijau tanpa pandang skrin.


"amoi! lu rasa betol ke ni nombor lu punya kawan? kalau betol apahal nombor gua naik? lu dial kasi tengok laa itu nombor, gua memang dah lama pakai ini nombor maa!!!! - hembus gua tegas


"amende engko cakap gua lu gua lu dekat mak ni pi?!"


cepat-cepat gua tekan butang merah. suweyy laa amoi tadi..!

2 comments:

  1. hahah...2 caller ringtones mak lu la..huai!huai!huai!hahahha

    ReplyDelete
  2. dengan mak, gua kalah sikit.

    ReplyDelete