Saturday, July 31, 2010

cherita suatu petang:nak pergi tengok budak-budak art

payung! payung! payung!


seorang wanita berumur lingkungan 40an sedang sibuk menarik perhatian pelanggan supaya membeli payung beliau. mungkin orang-orang yang ke stesen mesjid jamek ni semua tak takut hujan atau dah ada payung masing-masing. bisik gua. atau makcik ni jual payung dengan harga yang tak masuk akal dan dalam erti kata yang lain 'cekik darah'.

gua tengok bukan main lagi makcik ni punya suara teriak payung. dengan lengkap berbaju kurung, berselipar 'sandak', sambil di tangan kirinya kuat menggantung beberapa kaki payung.

"hujan laa pulak" - bisik gua dalam hati

hajat gua nak pergi tengok budak-budak art di pasar seni terbatas di stesen lrt. gua ambik port yang jauh sikit dari orang ramai. gua nyala rokok sebatang buat teman sementara tunggu hujan reda. daripada sudut pandangan professional gua, hujan ni bakal lambat lagi nak berhenti ni.

semasa dalam masa gua menunggu hujan reda, macam-macam benda main kat kepala hotak ni. makcik jual payung, orang buta jual tisu, pakwe makwe pegang tangan, janda tetek besar, makwe-makwe ipt membeli belah, pelancong tengok peta, bangla mop lantai, budak-budak indie main henfon, bangla bermadu kasih dengan melayu, dan macam-macam lagi.

inilaa kot orang kata "ragam" - gua senyum sendiri


"pergi mana bang" - tegur gua dengan sorang brader bertopi yang cincin bersepah di jari

"alaa tunggu membe dari bukit jalil" - jawab brader tu ringkas

"awak nak kemana?" - brader tadi sambung nak berborak

"alaa saje jalan-jalan sini, hujan pulak, tu yang lepak sini kejap" - balas gua lembut

brader tu angguk tanda paham.

daripada pemerhatian professional gua, brader ni bukan calang-calang orang. muka berjambang, enfon blekberi, kasut kulit, 'bakel' tali pinggang lambang ganas, cicin jari bersepah, hisap rokok marlboro. gua buat tak pedulik sambil sambung rokok yang dah nak sampai ke putung.

gua ternampak ada seorang bangla terkial-kial mop lantai macam baru belajar cara hidup. benda ni pun nak ada kemahiran tau tak. bukan bodoh-bodoh je boleh mop lantai. macam mana nak kering cepat. mop kena laa lakukan dalam keadaan 'gostan' biar tapak kasut tak melekap. siapa lu punya tokey ni? kerja nak makan duit. tolong laa ajar sikit-sikit lu punya pekerja ni. kesian ada, marah pun ada gua kat bangla ni.

ok, cuaca sedang elok ni. elok laa rasanya gua teruskan perjalanan ke pasar seni. karang kalau hujan makin lebat ada jugak gua balik rumah sambung tidur. gua kasi sengseng seluar tanpa memikirkan lagi pandangan professional gua terhadap orang-orang mesjid jamek ni. semasa dalam perjalanan nak melangkah ke pasar seni ni gua ada terdengar brader ganas ni bercakap dalam samar-samar melalui enfon blekberi beliau.

"err ayang dah kat chan sow lin? ermm sayang dah tunggu ayang kat mesjid jamek ni.. hati-hati tau"


sudut pemikiran professional gua semakin pudar terhadap brader tadi...

2 comments: