Wednesday, August 25, 2010

benak di bulan ramadhan


malam tadi lebih kurang pukul dua belas malam,

"botak, tolong gua.." - seorang madefaker mintak tolong gua hantarkan motor. madefaker ni bukan boleh tengok gua senang sikit. tak nampak ke gua tengah sedap berborak dengan makwe pakai yahoo?

"hah tunggu kejap, gua pakai seluar." - gua terima permintaan epi dengan hati yang tak berapa nak berat sangat.

madefaker epi ni nak hantar motor kepada sahabat sekampungnya yakni madefaker amir. memang dah lama gua tak tengok si epi ni pakai motor. paling last dua bulan lepas, itu pun dia punya kereta baru lepas eksiden kat kawasan batang kali selangor. hujan lebat dan jalan licin kata epi. bukannnya gua tak tahu madefaker epi ni bawak kereta macam mana. berdesup dia punya pergi.

"kita hantar motor ni berdua, nanti balik lu bonceng gua laa." - terang epi sambil taip enfon sony yang apa kejadah dia punya siri gua kurang pasti.

atas motor,

"epi!! brek mana?" -gua

"brek belakang tak ada, lu pakai brek depan je." - epi

gua masih lagi boleh rilek siul-siul atas motor.

lepas selekoh,

"epi!!! tayar motor lu 'gelong' ke woi.?!" - gua

"haah!! depan belakang!" - epi

gua steady lagi. pasal tayar gelong ni kalau layan kona memang macam haram dia punya pergi.

selesai sahaja beri kunci kepada si madefaker amir, kami putus untuk pulang terus ke rumah dan tak ada nak melencong tak tentu hala.

*****

atas motor,

"botak, kita balik lalu jalan dalam, naik jejantas." - turut epi dengan gaya steady atas motor.

jalan dalam ni gua tak berapa 'in' sangat pasal dia punya bonggol ada dalam lapan baris gua rasa. lalu depan rumah orang pulak tu. mengikut pandangan gua, tak manis kalau waktu-waktu macam ni lalu jalan-jalan dalam macam ini. apa pulak kata penduduk setempat nanti. ok, sebenarnya gua goyang lalu jalan tersebut. gila babi dia punya horror! hendak hendak kalau bukan bulan puasa. pokok-pokok kat tepi jalan dah laa semuanya besar-besar. pokok pisang jangan cakap laa dia punya bersepah macam mana.

hendak dijadikan cerita, kami pun lalu laa jalan tersebut tanpa segan silu dan rasa konfidennya. kadang-kadang ada juga terbau lumpur jantan daripada sungai gombak betul-betul sebelah jalan.

"gua malas lalu jalan luar botak, motor gua roadtax dah laa mampos, brek tak ada." terang epi dengan penuh konfiden.

"lalu jalan ni sedap sikit, tak banyak kenderaan lalu lalang. sejuk pun sejuk." - epi tambah alasan.

gua 'erm' kan sahaja. suka hati lu laa epi, janji gua sampai rumah semula dan boleh sambung sembang dengan makwe. itu pun kalau dia belum pekena tidur. bukannya gua tak tahu, madefaker epi ni pun goyang juga lalu jalan ni. alasan kalau boleh mesti nak lari roadblock. kalau lu cakap lu takut hantu gua tak kisah sebenarnya.


tengah sedap kami berborak lebih kurang atas motor,


"goggg goggg gogggg goggg gogggg gogg gogg goggg"


motor tersenggut-senggut macam kuda racing. semakin lama semakin perlahan. makin dipulas, makin tak jalan. gua dapat rasa dari tempat duduk, motor ni semput dengan tiba-tiba.

"weh, apahal motor gua ni botak? ini enjin ni down ni! aduh! takpun kaberator buat hal.! babi laa.." - epi menyumpah motornya sambil pandang atas bawah.

kali ini memang gua tak tahan, lantas gua bisik perlahan ke telinga epi dengan penuh nafsu:

"sayang, ini bukan masalah enjin, kaburator apa lancau semua. ini minyak motor kering laa bangsat. u dah lama ke tak isi minyak? u tahu kan kat sini gelap?" - gua bisik ke telinga epi stenbai nak beduk dari belakang.

"gua pun tak pasti bila gua last isi minyak." - madefaker epi balas sambil tersengih.


*agaknya mungkin inilah yang dinamakan benak di bulan ramadhan.

1 comment: