Friday, August 13, 2010

benda free memang seronok


malam semalam lepas terawih, gua dapat ajakkan dari seorang komrad untuk pergi menonton wayang bersama. zakwan roller. mula-mula gua tanya berapa harga tiket. jangan macam-macam, sen gua memang ngam-ngam makan nasi kerabu. zakwan kata qayyum payung. qayyum ni salah seorang komrad gua juga yang kira dah lama juga kerja di panggung wayang. pangkat pun gua dengar sedap. tukang basuh popkon.






dalam cerita ni banyak magik. boleh tukar kereta, main-main 'aboogit', ahli sihir boleh simpan dalam tempayan, makwe lawa, tunggang burung besi, sergah-sergah pakai elektrik dan macam-macam lagi jenis magik.

jalan cerita senang faham. budak-budak pun senang nak cerita balik kat kawan-kawan sekolah. yang baik lawan jahat, yang jahat ada niat nak kuasai dunia. macam biasa, ahli sihir yang baik mesti ada makwe yang seksi dan MILF. kuasa-kuasa semua mana ada stended "fuyoo magik".

action pun banyak. lawan itu lawan ini. jatuh sana jatuh sini. cium sana cium sini. ok, yang bab cium tu dua kali saja gua yakin. gua nak tekankan di sini, siapa yang tak kenal nicholas cage dia memang jenis suka tengok sembilu kasih tiap-tiap hari. kepala hotak dia, gua rasa brader cage dah boleh dibariskan setaraf dengan denzel washington, bruce willis, morgan freeman, el pacino, ako mustapha, remy ishak, jehan miskin dan beberapa lagi. muka tak harap hensem sangat.

dia punya ending memang menggembirakan penonton. cuma ada sedikit babak sedih, tapi tak berapa lama sangat. biasa laa nama pun cerita magik. kalau lu orang nak tengok pun gua tak halang. berbaloi dengan apa yang lu orang bayar. gua tak apa, free. kehkehkeh.

gua mengaku, cerita ini memang menangkap. bunyi pun letup-letup. ada juga sikit elemen-elemen lawak yang diselitkan. pendek kata, dijamin puas hati. yang bab-bab cium tu tak ada laa dramatik sangat. boleh laa kalau setakat nak lentok atas bahu balak masing-masing.

ulasan secara individu gua dah bagi, daripada hal cerita sampai ke hal pelakon. jadi masalahnya sekarang, apahal gua boleh tertidur sampai setengah jam dalam wayang?! haram jaddah punya mengantuk!

No comments:

Post a Comment