Tuesday, August 17, 2010

brader bikin hal


semasa gua baru nak start bersidang dalam sesi mengeteh bersama komrad-komrad yang lain awal pagi tadi, gua ada ternampak satu brader misai duduk betul-betul kiri gua. brader ni nampak gayanya macam tak ada kaki nak diajak berborak. berdasarkan pandangan professional gua, brader ni macam tengah bosan tak tentu hala.

tengok kepada sifat fizikal, umur gua rasa dalam lingkungan 40an, misai lebih kurang albert einstein, lengan stended-stended big boss gua, rambut jenis ketak-ketak, baju cap 'payung', hisap kretek dengan ada nescafe tarik atas meja. melihat kepada gerak-geri tubuh badan, brader ini mungkin ada benda yang tak kena dalam pemikiran beliau. ada masalah yang belum setel ni gua rasa.

***

tiba-tiba datang seorang mamak dalam gaya separa berlagak untuk mengambil pesanan minuman dari kami. celakak! nak ambik order jangan laa berlagak sangat. tahu laa gua jenis order yang jenis runcit-runcit sahaja. diskriminasi betul!

"minum apa boss?" - tanya aney tadi dengan kaki kiri dibengkokkan sedikit

dalam pada masa yang sama, gua terus perhatikan brader tadi. gua jadi terfikir sekejap, takkan laa sesat pulak, kalau sesat pun nak pergi mana?

selesai sahaja aney berlagak tadi menghantar pesanan minuman yang kami pesan, dia beralih arah pula ke brader tadi.

"abang, takmau makan ka?"- tanya aney ringkas kepada brader tadi, kali ini kaki kanan pula dibengkokkannya

"kalau awak tak mahu bukak bola, saya tak mahu order makan! sudah lama tau saya tunggu m.u punya game. tokey tak bayar bil astro ke?!!"

terdengar sahaja perbualan diantara aney dan brader tersebut, cepat-cepat gua menyampuk cara baik untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"bang, m.u dah main semalam, dah menang dah pun."

"HAH?"

brader tersebut serta-merta bukak topik berniaga pisang goreng untuk dijadikan modal berborak dengan kami.




*gua ucapkan ribuan terima kaseh kepada sesiapa yang mengewish besday gua kelmarin baik pakai pesbuk mahupun yang hanya bercakap dalam hati. tahun ni gua rasa lain macam. pasal tahun-tahun sebelum ni yang wish besday gua paling kuat pun lima orang. big boss gua, mak gua, abang gua, adik perempuan gua, adik bongsu gua. celakak! kroni mana kroni? ajak mengeteh bukan main!



1 comment: