Friday, August 27, 2010

bulan ramadhan ni memang banyak orang berubah.


lebih kurang pukul lima gua sampai di stesen bas. memandangkan kredit telefon bimbit gua ngam-ngam cakap 30 saat je, jadi gua putus untuk menelefon big boss. kalau gua telefon big boss, kredit tak makan banyak sangat. gua pun kurang pasti pasal apa jadi macam itu. tekak memang kering gila time ni.

turun sahaja dari bas, serta merta gua kol big boss.

tiba-tiba perasaan gua jadi tak tentu arah. rasa kecewa dan marah yang amat.

'gedegang!'

gua terajang tayar bas belah depan. drebar bas tak perasan lagi pun. gua jadi konpius, apa betul benda yang gua dengar ni. atau sekadar mainan di bulan puasa. atau mungkin gua salah dial nombor. nak kata silap dial, memang jauh sekali sebab nombor ni yang biasa gua kol kalau sen gua tengah tak ada kat kolompo. gua jadi semakin tak tentu arah. rasa macam nak buka puasa kat tepi bas itu juga. gua cuba tenangkan hati dan pemikiran. gua cuba berfikiran positif.

"ah ini mungkin salah dial nombor." bisik gua dalam hati sambil dial kembali nombor big boss.

memang betul laa. tak syak lagi. gua pasti apa yang gua dengar. gua ketap bibir kemas-kemas. gua terajang lagi tayar bas. kali ni drebar bas tu nampak apa yang gua lakukan, tapi dia buat-buat tak tahu sambil lap side mirror.



memang betul lagu wali band.



mana pergi kegemilangan Ahmad Jais my big boss?!

No comments:

Post a Comment