Monday, August 9, 2010

catetan perjalanan ke terengganu ep 1


hari jumaat yang lepas, selepasa sahaja solat jumaat di mesjid berdekatan, gua dengan seorang komrad putus untuk bergerak ke terengganu. gua sebenarnya follow sahaja. memandangkan gua belum habis pusing lagi area-area pantai timur, jadi gua anggap benda ini sebagai satu peluang laa kiranya. komrad gua ni namanya mamad. celakak! gua pengaruh bermain gitar dengan komrad yang ini. sebenarnya banyak rintangan sebelum kami bertolak ke sana. mengikut perancangan yang telah dibuat, kami bertolak dari kolompo tiga orang. tapi atas sebab yang telah berlaku pada minit-minit terakhir perjalanan kami ke terengganu agak terbatas.

komrad gua seorang lagi ada event apa kejadah dia punya nama gua tak ingat di bangi. jadi pada mulanya si zaper ni terus nak melupakan niat untuk mengikut kami ke terengganu. jadi atas pujukan di 'luar batasan' oleh si mamad, menyebabkan zaper akur untuk mengikut sama. jadi jalan penyelesaiannya adalah gua dengan mamad terpaksa membeli tiket beliau di pekeliling destinasi ke kuantan. senang cerita gua dengan mamad tunggu beliau di kuantan laa.

nak dijadikan cerita, kami berdua sahaja yang bertolak dari kolompo. orang kata journey biar romantik, nanti jadi tak mengantuk dalam kereta.

semasa dalam perjalanan, kami putus untuk berhenti sembahyang di kawasan lanchang tak silap gua. gua pun ambik kesempatan untuk menghisap rokok time ini. pasal kereta yang kami naik tingkap tak boleh kasi turun. mamad ni jenis tak hisap rokok. jadi gua kena berkorban tahan tak hisap rokok sepanjang perjalanan.

di kawasan perhentian lanchang gua tengok orang tak ramai sangat. cuma ada 2 bijik lori jual buah dan makanan ringan. ramai yang terus ke temerloh ni gua syak. suasana ini yang gua lagi suka. yang lepak dekat perhentian ni semua yang jenis brader-brader. ada yang sembahyang, buat susu anak, kencing, berak, pekena buah lori, hisap rokok sepam dua, dan jenis suka cakap kuat-kuat pakai talipon.

selesai sahaja sembahyang dan menghisap dua batang rokok, kami meneruskan perjalanan ke kuantan dengan hati suka dan berwaspada di atas jalan raya.







bersambung...

No comments:

Post a Comment