Wednesday, August 11, 2010

catetan perjalanan ke terengganu ep 2


kira-kira sejam atas jalan raya bertemankan track sangkut-sangkut daripada line-up seven collar tshirt, kami menyusur keluar lebuh raya ke chenor. banyak isu yang gua berborak dengan mamad dalam kereta. daripada muzik terus ke hal peribadi. ada yang sampai nak terkeluar air mata, tapi adalah disebabkan gua ni komrad yang paling caring tetap hulur tisu kat mamad sebagai tanda prihatin.

faktor kami exit ke chenor ini adalah untuk menjemput sepupu mamad yang menuntut di uitm jengka dan diangkut terus ke kuantan bersama. jadi chenor ni adalah exit terbaik untuk ke jengka.

pada mulanya jaga uitm masih steady tengok muka iman gua semasa kami nak masuk ke kawasan uitm jengka. tetapi baru gua nak tarik gear dua, salah seorang daripada pengawal keselamatan menyuruh kami berhenti tepi untuk pemeriksaan dengan lebih lanjut. celakak! ingat kami bawak mercun ke?

"mengikut undang-undang, hanya ibubapa sahaja yang dibenarkan untuk mengambil penuntut!" - tegas brader roslan

kami akur. mamad sibuk menelepon sepupunya supaya bergerak ke pondok pengawal sekarang. jadi gua mengambil kesempatan untuk menyalakan rokok buat hilang penat. belum sampai separuh gua hisap dengan tiba-tiba.

"err bang mintak maap, dalam kawasan ni tak boleh hisap rokok" - terang pengawal dalam gaya takut-takut nak tegur gua

"oh yeke? mintak maap ye brader." akur gua

sepuluh minit kemudian, sepupu mamad muncul di balik pokok-pokok puding separa dewasa. gua serta merta betul-betulkan rambut. tak ada laa nampak serabai sangat.

"ok, jom kita terus panjat kuantan." - gesa mamad

semasa dalam perjalanan, mamad kenalkan gua dengan sepupunya secara lebih kurang. celakak! nasib baik alya ni jenis peramah orang kampung. alya juga ada berpesan kepada gua supaya ikut sahaja jalan yang disuruh oleh beliau. tapi gua ni jenis 'keteging' sikit. buat pandai sendiri. daripada chenor ke maran kami terpaksa melalui jalan estet yang boleh tahan dia punya 'horror'. kira kalau gua sorang-sorang, kebarangkalian untuk gua patah balik memang tinggi. goyang woi!
tak banyak kereta yang lalu jalan ni. cuma hanya yang ada kereta-kereta orang tempatan yang biasa guna jalan ini.

sebijik viva kaler silver menyusur steady jalan estet menuju ke maran. semasa sedang asyik kami berborak dalam kereta, enpon gua berbunyi burung tiong. biasanya time-time maghrib ni memang jarang ada orang kol enpon gua. kalau ada pun, si zakwan mengajak gua mengeteh di shahul.

gua lihat skrin. ah nombor adik bongsu gua. apahal pulak ni. ini mesti nak kongsi cerita periksa nombor berapa. tak nampak ke abang dia tengah fokus bawak kereta lalu jalan 'horror' ni. kiri-kanan dah laa hutan. kalau dah eksiden karang, macam mana nak main meriam sama-sama raya nanti?

gua tekan butang hijau.

"hah ada apahal?" - sambut gua ringkas

"woi epi! ko tau tak hari ni berapa hari bulan?" - adik gua serius

"epi tahu laa, 6 aribulan. apahal?" - jawab gua yakin

"ko tak ingat besday mak ke? semua dah ucap dah, ko sorang je belom tahu tak?!" - adik gua makin serius

"aduh! epi lupa laa besday mak harini!" - jawab gua kesal

"kepala hotak ko laa harini.! SEMALAM!!!!" - terang adik gua


cepat-cepat gua turun gear 2. arghhhhhhhh!!!!










entah stail mende tangan si mamad ni buat..




No comments:

Post a Comment