Wednesday, August 25, 2010

catetan perjalanan ke terengganu ep 3


sampai sahaja di Kuantan, gua pekena mandi dulu dekat rumah sepupu mamad. kami berehat sekejap sementara nak menunggu seorang lagi komrad sampai Kuantan. gua tak tidur pun sebenarnya. berdasarkan apa yang mamad cakap, Zaper akan tiba pada pukul tiga pagi lebih kurang di stesen bas darul makmur.

setengah jam di rumah sepupu mamad, gua dah jadi tak tentu arah. gua cuba tidur. lelap mata rapat-rapat. mengiring ke kanan. mengiring ke kiri. main gesek-gesek kaki. celakak! tak boleh tidur juga. nak diajak berborak dengan aleeya, tiba-tiba gua jadi penyegan. jadi gua putus untuk keluar pusing bandar Kuantan lebih kurang. sebenarnya gua ada ramai komrad satu sekolah dahulu yang kini sudah menetap di Kuantan. tapi what the fugg satu nombor pun gua tak ada simpan dalam enpon.?

"ah apa-apahal mengeteh dulu kat mana-mana!" - bisik gua dalam hati.

gua singgah di satu kedai makan ni yang scene makwe gua tengok boleh tahan juga dia punya mengada. lentok-lentok kat bahu balak masing-masing, main-main picit hidung, cubit-cubit perut boroi memburai pasangan masing-masing. ok bab ni gua tak mahu cakap banyak. masing-masing dah besar. dah boleh fikir mana satu berlian mana satu taik.

tapi lu orang tahu apa dia punya side effect kalau dah terbiasa sangat mengeteh di mapley?



"ANNEY..! milo ais satu..!" - gua yakin dengan apa yang gua pesan sambil meraba-raba poket seluar nak cari api rokok.


babi! tak tahu ke yang ini kedai melayu.

No comments:

Post a Comment