Wednesday, August 4, 2010

jenis-jenis pengguna jamban di Malaysia(belum menyeluruh)

banyak ragam masyarakat yang boleh gua lihat dan perhati apabila mereka masuk ke jamban awam untuk berak mahupun hanya semata-mata untuk melaram di depan cermin. macam-macam jenis dan stail yang gua boleh nampak. gua membuat pemerhatian hanya untuk kaum lelaki sahaja sebab seumur hidup gua, baru dua kali gua tersilap masuk jamban wanita. jadi gua tak ada banyak pengalaman untuk diceritakan.

berikut gua sertakan sepuluh jenis ragam masyarakat kalau masuk ke jamban awam. dengan secara general laa. kalau nak lebih terperinci, tunggu makmal gua siap:


jenis masuk jamban mesti kena tengok rambut atau penampilan pada balik cermin terlebih dahulu.
- stail-stail sebegini jenis kena semart dulu sebelum jumpa setan dalam jamban. kebiasaannya golongan-golongan ini mementingkan penampilan tak kira tempat ataupun masa. senang cerita tiada alasan laa untuk tidak menyemart. lu orang boleh bayangkan? ini baru masuk jamban. belum masuk tempat-tempat tumpuan lagi. hendak-hendak kalau ada golongan makwe yang ramai. macam mana laa agaknya dia orang ni menyemart. silap-silap dalam poket ada cermin mini untuk stenbai takut-takut jambul jatuh, senang sikit nak ejas kalau ada cermin mini. golongan ini kebiasaannya berbau wangi.

jenis masuk jamban terus terjah pintu walaupun ada orang di dalamnya
- golongan ini boleh laa dikategorikan sebagai gelojoh ataupun membabi buta. jenis tak pakai mata bila masuk jamban. main redah sahaja. dibuatnya kalau pintu jamban tu tak ada engsel ataupun material-material yang berupaya untuk menyendal pintu tersebut, dah jadi satu hal. naya orang di dalamnya. setiap skill dan gerakan memek muka ketika sedang berak adalah privasi. suatu perkara yang amat sensitif. golongan ini biasanya kerap kena penampor dengan makwe masing-masing pasal selalu bertindak di luar jangkaan ke atas pasangannya.

jenis masuk jamban tulis-tulis perkataan yang tidak berfaedah di dinding
- golongan ini adalah jenis vandelisme ataupun suka merosakkan harta benda awam. golongan ini gua kelaskan sebagai bacul atau tak ada telur atau tak ada bulu jembut. mereka tidak akan berani untuk membuat perkara terkutuk ini di rumah mereka sendiri. takut kena libas menggunakan batang paip oleh big boss masing-masing. jadi mereka melepaskan nafsu-nafsu bacul mereka di jamban awam seperti ini. perkataan-perkataan seperti "zamri wuz here, bohsia gebu, kau ingat kau hebat sangat ke lakhanat?!, budak sekolah palong fuck, aisyah genit senang hisap, punk 88, woi mustafa!" adalah tulisan-tulisan common yang sering kita jumpa di jamban-jamban yang disediakan. dan kebanyakannya golongan-golongan ini pemalu dan pandai melukis.

jenis dah pakai jamban tapi payah nak jirus taik
- golongan ini kita boleh labelkan mereka sebagai pengotor tapi bukan sempoi. alasan-alasan seperti "ala habis orang basuh jamban nak kerja apa nanti kalau kita dah jirus taik" sering digunapakai oleh golongan-golongan seperti ini. biasanya tanpa cakap banyak gua akan jek satu kali kat dada dia. tapi bergantung kepada saiz badan laa. golongan ini selalu makan nasi cincai-cincai atau orang jawa kata 'gobres'. jenis tak sayang nasik dan lauk-lauk yang 'menangkap'. mereka lebih mementingkan diri sendiri berbanding orang lain dan lebih elok jika mereka ini ditempatkan di loji-loji kumbahan taman perumahan mahupun industri.

jenis berak taik sipi
- hampir sama dengan golongan di atas tetapi golongan ini lagi bangsat dia punya attitude. kadang-kadang golongan ini jenis suka berdalih dan banyak alasan daripada tindakan. kalau taiknya 'solid' mungkin ada segelintir masyarakat yang boleh menerima keadaan ini, tetapi bagaimana pula yang jenis taik 'mencret'?

jenis demand pilih jamban
- golongan ini agak cerewet sedikit orangnya. inginkan kesempurnaan dalam hidup. dia orang fikir taik boleh bawak pergi syurga. taik sudahnya ke loji juga ye tak? kebiasaannya golongan ini memiliki makwe yang seksi dan 'up to date'. mereka ini jenis memilih dalam mencari pasangan tetapi tak pandai membezakan yang mana bagus dan yang mana sampah. biasanya golongan-golongan yang demand ini selalunya akan mengambil masa yang lama di dalam jamban.

jenis masuk jamban tengok cermin keluar jamban pun tengok cermin
- ah yang ini menyampah laa gua nak cerita.

jenis tak kisah pintu jamban berlubang janji dapat lepas hajat
- yang ini boleh dikatakan true. tak memilih tempat atau lebih juga dikenali sebagai sempoi. india-india segamat kata kici punye hal. biasanya golongan ini tidak terlalu memilih dan senang dibawa berbincang hal berat atau ringan. kebiasaannya golongan-golongan ini tergolong dalam kalangan orang-orang yang peramah dan mesra alam. ingat! tak semestinya arkitek, doktor, pakar bedah, ahli kaji bulan, general-general menejer tergolong dalam kumpulan ini.

jenis masuk jamban suka bersiul
- golongan ini memang pandai berlakon. padahal bukannya gua tak tahu dia dah 'terlerai' di tengah jalan lagi dah. tapi oleh sebab siulannya itu membolehkan orang tidak nampak yang pada hakikatnya dia dah terkencet. golongan-golongan ini kadang-kadang bersifat talam dua muka dan muka tembok. depan cakap lain belakang cakap lain. bahaya jika anda tergolong dalam kumpulan ini.

jenis masuk semata-mata nak bergambar depan cermin
- yang ini jenis mengada dan indie. dia orang rasa jamban tempat paling berseni kalau nak tangkap gambar. golongan ini kebanyakkan manja dan time-time kecik dulu tak pernah kena libas batang paip dengan big boss masing-masing. golongan ini kadang-kadang kurang yakin dengan diri sendiri. bersifat pemalu dengan masyarakat. malu yang jenis tak bertempat. tapi golongan ini mempunyai kadar kreativiti dalam diri yang amat tinggi. pemikiran yang tajam dan suka kepada persekitaran.



celakak! gua rasa 'in' laa tulis entry macam ini.

No comments:

Post a Comment