Monday, August 30, 2010

jiwa-jiwa merdeka



"kalau betul Hang Tuah tu wujud, mana kuburnya?" kata-kata Razman Labis, anak jati labis segamat. rakan satu opis masa sama-sama jual kereta dengan gua suatu masa dulu.

awal-awal pagi dah start motor pergi menoreh. tengah hari sikit beliau akan bergegas ke ofis jual kereta di segamat yang terletak di bandar utama bersebelahan nagoya textiles. sampai-sampai sahaja di ofis, beliau akan mengintai ikut pintu staff, takut-takut Mr Jimmy lepak hisap rokok area show room. Mr Jimmy ni adalah seorang supervisor berbangsa cina merangkap pemabuk yang berjaya di kawasan Segamat.

kalau line clear, dia akan lambai gua daripada luar. beri isyarat untuk pergi mengeteh di mapley sebelah. gua dah paham sangat dah razman labis ni punya pe'el. sampai ofis mesti mengeteh dulu. kalau ada terbau getah skrap secara tiba-tiba gua akan steady tanda faham. walaupun kadang-kadang menyirap juga bila aroma nescafe tarik diganti dengan bauan skrap. lantas gua nyala rokok buat bilas balik.

bila mengeteh, isu yang dibincangkan oleh razman pun gua dah boleh baca. semuanya berkaitan ketenteraan. balik-balik cerita pasal senapang. kekuatan senjata Singapura. kehebatan gerila Vietnam dan macam-macam lagi.

"singapura ni botak, kalau setakat nak kasi tenggelam johor bahru tu..bagi dua jam je..setel!"terang Razman sambil menyengeh sinis.

gua buat-buat bunyi cicak tanda takut.

razman ni pernah beritahu gua yang dia kerja jual kereta ni sebab nak pakai duit buat belanja kawen dengan dia punya makwe. hantaran belum setel katanya. kurang-kurang nak kena pakai sepuluh ribu buat belanja kenduri. tolak karoke. upah budak kompang. lauk rare. mak andam. tapis bilangan jemputan. baju satu pesen. dan sebagainya.

daripada riak wajahnya gua dapat kesan yang dia ni memang betul-betul tengah cari duit. tunang beliau seharusnya patut rasa simpati dengan apa yang razman berkorban untuknya satu ketika dahulu.

lebih kurang tahun lepas, gua ada terserempak seorang lagi rakan satu opis tengah sedap mengeteh, atasha. bila gua tanya razman apa cerita dia jawab razman sekarang dah jadi pelatih PLKN di kawasan Ledang. dalam hati gua ada berbisik mungkin ini laa rasanya periuk nasi beliau sampai ke tua. tak ada laa jauh sangat kampung beliau yakni labis. gua tanya lagi sekali, dah anak belum. atasha kata baru seorang. peh! dah ada zuriat sendiri. senang laa kalau dah duduk ledang hendak menjenguk anak bini di labis. kebetulan rumah mertuanya pun di labis. kalau-kalau ada kecemasan tak ada laa cemas sangat. henjut dari ledang ke labis tak makan satu jam pun.

beberapa bulan lepas gua terjumpa lagi sekali lagi rakan opis kat depan Jakel. kali ini bukan atasha, tapi khairul. entah apa kejadah dia buat kat situ gua pun tak tahu. teman isteri gua ingat. setelah berborak lebih kurang dengan beliau, tiba-tiba gua terbayang razman yang memang dah lama tak dapat jumpa. serta merta gua ajukan soalan kepada khairul.

"razman kat mana sekarang beb..PLKN lagi?"

"tak kerja sana lagi dah.." jawab khairul.

"tak kerja sana..abis kat mana?" gua tanya balik

"dah jadi WATANIAH!" khairul jawab tangkas.

gua senyum.

ini betul-betul jiwa merdeka..





gua jamin anak ini bakal jadi hero macam big bossnya.



1 comment:

  1. bro ank sape..???
    comey....
    peluk cium dari aku untuk baby tu..kahkahkah

    ReplyDelete