Tuesday, August 3, 2010

masyarakat dan jamban memang tak dapat dipisahkan




lu orang ada bran berak kat jamban yang sebegini?


dengan mengguna pakai kesimpulan dan pemerhatian gua sendiri terhadap masyarakat yang masuk ke jamban-jamban di pelbagai tempat, gua dapati orang-orang awam yang masuk ke jamban ni macam-macam dia orang punya stail. (bab ini akan gua tulis pada entry seterusnya) entry ini gua akan cerita perihal jamban sahaja.


seperti yang kita sedia maklum dan lihat, terdapat bermacam-macam jenis jamban dan teknologinya yang tersendiri. ada yang stail jamban keluar air terus tembak ke bontot. ada yang kena pijak dulu pakai kaki dia punya punat khas baru boleh air kasi keluar. ada yang pakai 'sensor' sahaja (yang ini palat sikit dia punya sistem). ada yang pakai paip biasa sahaja tapi dia punya air kadang-kadang jamban sebelah pun boleh terkena tempias. ada juga yang stail letak tisu sahaja. ada juga sesetengah jamban tersimpan kamera tersembunyi. yang ini memang gua musykil, apa faedah rakam gambar orang tengah berak? tak berbaloi langsung.


di zaman masa kini juga kita boleh menjumpai jamban di merata-rata tempat. nak dikatakan semua tempat tumpuan orang baik popular mahupun tidak jamban masih tetap ada. senang cerita kemudahan yang berguna laa untuk orang yang ingin berak mahupun kencing. kira berak merata dah tak boleh pakai dah zaman sekarang.

kita boleh jumpa jamban di emporium, stesen bas, kedai-kedai makan, pasar borong, hentian highway, zoo, mesjid, kedai kemboja sentul, saiber kafe, kedai salun rambut, klinik, bank-bank perdagangan, balai raya, sekolah cina, dan macam-macam lagi. jadi dengan ini tidak hairanlah mengapa kajian yang dibuat oleh seorang yang apa kejadah susah entah nama dia menyatakan bahawa kebanyakan orang lelaki akan menghabiskan satu jam di jamban dalam tempoh sehari. kadang-kadang gua ada terfikir adakah fakta ini boleh diguna pakai?

jadi gua mengambil mohd hazwan bin jamin sebagai testimoni peribadi gua untuk fakta tadi. gua perhatikan mohd hazwan bin jamin selama seminggu. tiap-tiap kali kalau mohd hazwan bin jamin ke jamban, mohd hazwan bin jamin akan membawa dua batang rokok sebagai peneman. jadi kadar sebatang rokok jika dihabiskan sampai ke putung adalah mengambil masa lebih kurang lima minit. jadi kalau dua batang dah berapa? yang itu baru satu sesi berak. diulangi sekali lagi, baru satu sesi berak. jikalau mohd hazwan bin jamin ini mengambil tiga sesi dalam satu hari? dan satu lagi, dibuatnya kalau hari itu mohd hazwan bin jamin mengalami sembelit? itu dah kira berapa lama masa untuk meneran? cebok lagi. bersiul lagi sebab nak buat 'cover' taik jatuh dalam air. kalau dah nama sembelit, taik kompom 'solid'. tadah air lagi.


jadi dengan ini jelas laa bahawa fakta yang diterbitkan oleh seorang yang apa kejadah entah nama dia boleh diguna pakai dan relevan.

ok berbalik kepada perihal jamban tadi. zaman sekarang pengusaha-pengusaha jamban awam telah meletakkan pelbagai tarikan untuk menarik perhatian orang awam supaya pergi ke jamban-jamban mereka. ada yang meletakkan radio, pewangi udara, lampu kelap kelip, makwe kaunter yang seksi, tekanan air yang memuaskan, engsel pintu yang boleh dipercayai, cermin yang besar dan berkilat, pintu jamban yang tidak ada lubang-lubang, terompah kayu, token daytona, kipas, getah paip, ridsect, ubat gegat dan macam-macam lagi. tapi sampai sekarang gua belum jumpa lagi pengusaha-pengusaha jamban yang menyediakan spender spare bagi mana-mana customer yang sudah "terlerai" di tengah jalan.


jadi merujuk kepada situasi ini, amat jelas bahawa mengapa ada perbandingan harga diantara satu jamban dengan jamban-jamban yang lain. faktor-faktor sebegini laa yang menyebabkan kadang-kadang harga sekali masuk jamban boleh mencecah sampai seringgit lebih. ikut nasib, kalau kemudahan infrastruktur sesebuah jamban itu serba lengkap dan efisyen, maka kadar harga perkhidmatan menggunakan jamban adalah relevan jika dinaikkan. (celakak! betul ke tidak ayat gua ni?)

ok, gua dah mengantuk.


secara kesimpulannya, jamban dan masyarakat memang tak dapat dipisahkan. dewan bahasa dan pustaka patut bikin satu prosa ke, peribahasa ke, yang boleh memperlihatkan bahawa masyarakat dan jamban memang tak dapat dipisahkan. ada banyak lagi yang gua nak huraikan pasal jamban ni sebenarnya, tapi lu paham ke tidak gua dah mengantuk?



"masuk ikut jamban keluar jumpa taman" = kita tak tahu perkara yang akan berlaku disebalik sesuatu yang buruk itu




*jamban yang stail 'sensor' tu sumpah sampai sekarang gua tak reti guna. babi laa..

2 comments:

  1. ade jmban kt the garden sekali masuk 5 hinggit woooo...
    hahaha...

    ReplyDelete
  2. peh! ada makwe tolong cebokkan ke?

    ReplyDelete