Thursday, August 12, 2010

rindu.


hari ini dah masuk hari ketiga umat islam berpuasa. memang dah jadi satu lumrah tiap-tiap tibanya ramadhan. anak-anak jantan akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan suasana puasa bersama keluarga tersayang. menjadi hari ketiga juga kami satu rumah merasa kehilangan ibrahem azzrai alaszenor. atau dengan lebih jelas, ibrahem azzrai alaszenor telah pulang ke johor bahru sejak daripada ramadhan pertama lagi. nak celebret puasa dengan famili katanya.

macam tahun lepas, ibrahem azzrai alaszenor akan berbuka pada ramadhan pertama dengan makanan cina. yong tau fu. bukan dua tiga ringgit punya jenis harga, tapi belasan ringgit. lu orang dapat bayangkan sebanyak mana yong tau fu dimakan kalau harganya mencecah belasan ringgit? pelbagai jenis lauk-lauk yong tau fu yang ibrahem azzrai alaszenor akan pilih. fish ball, sayur kangkung, fish kek, jejari ketam, samsu, kuey teow, bebola sayur, dunhill 20 dan macam-macam lagi. yong tau fu ini ibrahem azzrai alaszenor boleh hendel seorang sahaja. tak ada hal. pernah sekali, ibrahem azzrai alaszenor selamba sahaja menjilat lebihan-lebihan kuah pada mangkuk yong tau fu tersebut. sedap sangat laa tandanya tu. memang dia tak kasi chan. jilat sampai mangkuk itu dah tak perlu basuh. pernah juga sekali, ibrahem azzrai alaszenor boleh tertidur atas yong tau fu. syahdu sangat.

tapi pada bulan puasa kali ini, gua tunggu dia pulang ke "ganggang". bukannya apa, ramadhan tidak datang selalu. setahun sekali. itu pun kalau tahun depan masih ada lagi 'rezeki'. mesti laa nak kena sambut dengan komrad-komrad ye tak? baru ada kemanisan. famili tu kira lain cerita. balik cepat sikit ye ibrahem azzrai alaszenor. gua ada beli beras tu. separuh memang gua 'reserved' untuk lu.

***

scene bersin dah makin suram dah kat rumah sewa gua ni semenjak ibrahem azzrai alaszenor balik ke johor. biasanya ibrahem azzrai alaszenor laa orang yang paling bertanggungjawab menaikkan scene bersin di rumah. sampai gua dah boleh tangkap ibrahem azzrai alaszenor punya petala bersin. purata ibrahem azzrai alaszenor bersin boleh mencecah sehingga 237 kali dalam sehari.

berikut gua sertakan jenis-jenis bersin yang ibrahem azzrai alaszenor mampu lakukan:


"HHHHaaaaaaaaccccHHHHHH.!" - jenis bersin separuh jalan

"aHHHaaacchhiiiimmmmmmm.!" - jenis bersin lebih kurang

"sniff sniff sniff HACHOMMMMMM.!!" - jenis bersin separa tenaga

"haAAAAAAssyyyiiiihhhhhhhhhhhhh.!" - jenis bersin tenaga kinetik

"HhooOOossssyyyyyyyoooMMMMMM.! - jenis bersin duda terhalang

"hiyarghhhhh!!! HAACCCHHOOOMMMM HAACCCHHOOOMMMM HAACCCHHOOOMMMM..!!" - jenis bersin neraka jahanam

1 comment:

  1. botak, aku suke post ko yg ni...jenis bersin neraka jahanam ye...?

    dari; nor'al-aisya alaszenor

    ReplyDelete