Sunday, August 1, 2010

tilawah di pwtc

semalam selepas gua balik dari menghadiri kenduri kahwin di bukit asahan melaka, sepupu gua mengajak ke pwtc untuk memperdengar bacaan quran dari satu dunia. kari kambing dia memang gua tak kasi 'chan'. macam-macam negara yang gua dapat tahu sertai tilawah Quran kali ini. yaman, gambia, brunei, kosovo, pilipina, bangladesh, johor fc dan macam-macam lagi.

"engko nak tengok orang bace quran tak?" - joko

"kat mana?" - tanya gua

"dewan merdeka pwtc le" - terang joko

"pukul berapa" - tanya gua lagi

"lebih kurang pukul 7 kita gerak laa" - balas joko

"wokeh!" - gua

sepanjang hidup gua ini kali ke dua gua pergi menonton orang baca tilawah secara live. kali pertama masa gua tingkatan berapa gua dah lupa. masa tu pergi ramai-ramai dengan budak-budak sama baya. rombongan satu bas. pakai baju batik. rambut kilat sikat tepi. seluar "khakis". sembur minyak wangi satu badan. spirit hebat dalam perjalanan. sampai dalam dewan gua tidur. kepala hotak dia.


jadi kali ni gua nak 'repeat' balik kesilapan gua yang dulu. gua rasa spirit gua dah makin padu kali ni. memang dah tak ada anasir-anasir luar yang boleh mengacau niat suci gua kali ni. mana-mana komrad yang ajak gua ngeteh time tu memang gua grip dia punya leher.

"din! pinjam lu punya baju arab!" - minta gua dengan din kancil. dia ni salah seorang rummate gua. hemsem orangnya.

"nak yang hitam ke putih?" - tanya din

"hitam laa semart sikit" - gua demand

"nah!" - beri din setelah berhempas pulas mencari baju tersebut di dalam almari.


gua capai tuala dan mandi lebih kurang. nak pergi buat pahala ni jangan beriya sangat kalau bersiap, nanti niat boleh lari.

selepas bersiap jam macam nak tunjuk pukul 7, jadi gua putus untuk turun rumah sekarang. pasal joko ni jenis janji orang jepun. 'on time'. sampai sahaja gua kat bawah gua tengok kiri-kanan, ah! kali ni joko tak berapa jepun sangat. berat ke korea utara ni gua syak. sementara menunggu joko sampai untuk mengutip gua jadi gua putus untuk menyalakan sebatang rokok sebagai peneman.

"nak ke mana botak?" - tegur salah seorang akak yang merupakan penjual makanan tidak berdaftar dewan bandaraya

"keluar kejap kak" - jawab gua ringkas

"tak nak minum dulu ke?" - akak tadi pancing

"nanti balik laa kak saya singgah ngeteh." - jawab gua

akak ni pun satu dah nampak gua semart-semart macam ni. macam tak tahu gua nak ke tempat lain. gua pun ada citarasa peribadi juga akak tahu tak.

lepas sahaja gua padam rokok, gua kasi gosok-gosok sikit pakai tangan songkok yang memang dah lama gua tak pakai. ah elok sangat dah gua ni. memang 'ngam' nak pergi masuk dewan yang ada 'air-cond'. gua bisik dalam hati.


"pin! pin! pin!"

dah sampai pun. kelihatan joko segak mengenakan baju melayu berwarna oren. ah ada hati nak 'chelen' gua. tiba-tiba si joko buat muka serba tak kena atas motorsikal. pandang gua atas bawah. nak kata teruja dengan penampilan gua, gua tengok memek muka joko berat ke kecewa.


"woi! amende engko pakai selipar ni. tak tahu protokol ke? kita nak masuk dewan merdeka bukan dewan sekolah cina!" - tegur joko

"laa yeke tak boleh? hah tunggu la kejap saya naik atas tukar." - berlari gua naik atas semula.


spirit gua terus down. celakak!





*gua dah pesan kat seorang makwe ni, nanti bila final tilawah jangan lupa duduk kat kerusi yang gua dah syorkan.

5 comments:

  1. wow..ak bygkn muka pnampilan kau mcm dlm gmba kt fb tu.
    berbaju hitam dan songkok
    serta rokok di tangan..waklu dh pkai smart2
    pkai sliper.

    ReplyDelete
  2. sarah,
    ini fesyen kontemporari masa kini.

    bentol,
    nak kena cium?

    ReplyDelete
  3. yang ko pki seliper tu kpe len kali xpayah pki lgsng cm zaman hangtuah huhu

    ReplyDelete
  4. mana lu tahu hang tuah dulu tak pakai selipar?

    ReplyDelete