Wednesday, September 29, 2010

Cost Accounting

5.30 pm

Gua tengah ralit depan kompiter sementara menunggu kelas petang. Gua pekena pesbuk ala kadar. Cuaca sedang elok orang kata. Sedap-sedap petang. Tak panas tak lembap. Kejap lagi pukul 6 gua pecut laa naik moto pergi kelas akaun. Kalau time-time ni dapat tidur memang tak jumpa maghrib dah gamaknya. Kalau gua bawak perangai macam ni kat kampung, memang dah lama makan penerajang dengan big boss.

5.45 pm

Gua sign out pesbuk pergi baring atas katil teman sebilik yang memang dah lama gua tak nampak dia punya batang hidung kat rumah sewa ni. Kalau datang pun sekejap-sekejap. Itupun datang sebab nak tumpang berak.

5.50 pm

Dari atas katil, gua tengok Lah besut tengah sedap layan 3 past 3 purious untuk kali ke berapa gua tak pasti. Tapi dalam seminggu mesti ada gua dengar bunyi tayar kereta bergeser dengan jalan daripada kompiter beliau. Common. Tak jemu langsung!

5.55 pm

Lagi lima minit gua nak pergi bersiap untuk ke kelas petang. Entah macam mana sem last ni gua dapat kelas petang pulak. Selalunya pagi-pagi buta. Tak apa, gua pandang ke arah yang lebih positif. Gua nak tengok sikit macam mana scene budak-budak part time kalau datang kelas. Lembik atau bersemangat. Ok dah boleh ni pergi basuh-basuh muka atau bersiap apa yang patut. Ini kelas pertama gua bagi sem yang terakhir. Lepas ni dah boleh duduk dalam bilik ekon dari pagi sampai petang. Keh keh keh.

6.00 pm

Gua menggeliat paling padu. Bikin otot semua merenggang dengan bebas. Tangan gua kasi genggam kemas. Kaki gua kasi lurus selurusnya. Badan gua kasi lentik sikit. Baru cergas. Bangkit sahaja dari katil, gua terus pandang ke luar luar tingkap. Ah! tak boleh jadi ni. Baring semula laa. Minggu depan baru gua masuk kelas.

Kolumpo sekarang, memang hujan turun time petang.

No comments:

Post a Comment