Wednesday, September 1, 2010

exam ni sebenarnya gua rilek je.


tengah periksa ni, brader. jangan harap gua nak tulis benda bukan-bukan kat sini.

semester ini gua pasang niat pointer nak kasi gempak. baru boleh berlagak depan big boss. ini asyik kena nganjing je mana boleh tahan telinga. antara langkah-langkah yang perlu gua ambil agar kejayaan seiring dengan impian yang kita angankan.

  • jangan maki dalam hati kalau muka pengawas peperiksaan macam rosnah mat aris.
  • duduk dekat-dekat dengan budak-budak yang iq dia tinggi sikit dari gua.
  • bawak pen lebih, macam sial rasanya kalau pen habis dakwat.
  • jangan pakai stokin bau pekung ketika hari exam, malas gua nak terang dia punya side effect.
  • kalau tak boleh jawab, jangan tunjuk sangat. makwe sekarang kebanyakkan cari balak yang iq tinggi.
  • lu nak tiru apa benda lagi kalau membe sebelah tengah lukis gambar goku.
  • bila keluar periksa terus balik rumah laa. tak ada masa gua nak tanya "lu boleh jawab ke tidak tadi beb?" dekat kengkawan.
  • ucap terima kasih dekat pensyarah yang bertugas, jangan nak sombong sangat dengan orang. gua tendang karang.




tak nampak gua sorang-sorang je pakai baju putih tu? ini zaman sekolah, masa ni tengah jawab soalan "patutkah tauke kantin dihukum rejam sampai mati disebabkan harga nasik lauk ayam yang gila babi punya cekik darah? dan relevankah kekenyalan keropok lekor di kantin yang hampir sama macam makan selipar?" bincangkan...

1 comment:

  1. apesal ko sorang jer pakai baju putih? calon tumpang atau ko salah bilik exam?

    ReplyDelete