Tuesday, September 7, 2010

hari-hari terakhir di kuala lumpur sebelum bergerak ke segamat.


hari ni merupakan hari terakhir gua di kolompo. celakak! tulis macam dah taknak datang lagi bandar metropolitan ni.

seperti biasa, sebelum pecut balik kampung gua ambil kesempatan untuk ke bazaar ramadhan yang biasa gua kunjungi tiap-tiap petang di bulan ramadhan. bandar baru sentul. bazaar ramadhan ni boleh dikatakan meriah juga dia punya sambutan. macam-macam jenis orang gua boleh jumpa di sini. lagi-lagi kalau hari jumaat. sebab hari jumaat peniaga bazaar akan bergabung tenaga dengan peniaga pasar malam. jadi secara logiknya, suasana akan bertambah meriah dan bingit.

macam-macam jenis strategi yang akan digunakan oleh peniaga untuk memikat para pembeli, yang tergolong dalam golongan makwe-makwe ayu. suri-suri rumah. lelaki-lelaki yang berkemeja lengkap yang tak reti-reti nak cabut tali leher. brader-brader kampung puah. lelaki pakai bangel. mamat-mamat shuffle. makwe-makwe rambut karat dan bermacam jenis pesen manusia lagi.

kadang-kadang ada juga gua terdengar dialog "baby nak buka apa hari ni?" , "papa sedapnya air tembikai susu tu." , "yang tolongkan pegangkan plastik murtabak ni" dan sebagainya. berdasarkan pemerhatian professional gua, orang-orang yang membikin dialog-dialog sebegini seratus peratus dalam golongan orang yang belum berkahwin. ataupun senang cerita, tengah syok bercinta di bazaar ramadhan. pergi lantak laa. gua tak ambik port.

ok, kita lupakan perkara yang gua cerita kat atas. apa yang gua nak tekankan dekat sini adalah attitude seorang peniaga makanan. untuk menjadi seorang peniaga, besar dia punya tanggungjawab. dari segi produk, harga dan komitmen.

seperti yang kita ketahui, bazaar ramadhan ni jual makanan dan minuman atau segala macam benda yang akhirnya akan terus ke perut dan akan menjadi tahi. takkan bazaar jual tayar pulak, brader.

fuck!

ok nanti gua sambung, air tebu gua masuk semut ni. terus hilang mood nak menulis.


No comments:

Post a Comment