Monday, September 6, 2010

hari raya beb, bukan benda main-main.


sebenarnya raya ni seronok time persiapan je. persiapan bila nak menjelangnya hari raya.

anyam ketupat. setting kayu api. parut kepala. perah santan. bergurau senda dekat dapur. sembelih ayam kampung. proses ayam. rebus daging. goreng peyek. tumbuk kerisek. sapu rumah. lap kipas. lap tingkap. bentang karpet. bakar meriam. bakarkan bunga api untuk adik-adik sedara. dan segala macam benda yang berkaitan dengan persiapan hari raya.

bila dah masuk hari raya pertama bagi gua suasana biasa-biasa sahaja. tak seronok tak sedih. habis, apa kejadahnya lagi nak rasa nikmat hari raya kalau dah terbongkang tidur macam biawak lepas pekena ketupat? cilake...




brader ni poseur sikit kalau depan kamera..



2 comments:

  1. lagi panjang dia punya juih bibir tu lagi tinggi la tahap konsentrasi dia. time2 ni jangan la tegur mintak bukan2 (contoh: bang tambah ais sket air milo ais ni.kurang manis la). mmg la kena maki free jek...

    ReplyDelete